Options
Al-Quran: Kitab Pembangunan Sinergi Umat Manusia Sejagat
Date Issued
2023
Abstract
Kertas kerja ini membahaskan tentang takrifan, kedudukan dan peranan al-Quran sebagai rujukan dan panduan kehidupan dunia dan akhirat. Ciri-ciri keunggulan dan kemuliaan kitab suci al-Quran bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah dikemukakan dalam perbahasan topik yang dikemukakan. Di samping itu, peranan dan fungsi kitab suci al-Quran sebagai sinergi pemangkin pembangunan umat sejagat dalam menjalani kehidupan kita di dunia dan meraih kesenangan abadi di negeri akhirat nanti. Untuk itu, metod tadabur dan aplikasi kitab al-Quran ini perlu dijadikan amalan dalam usaha membumikan kurikulum langit ini sebagai way of life yang efisyen dan tuntas. Peminggiran kitab suci al-Quran daripada kehidupan dan ketamadunan insan akan mengakibatkan kemunduran jiwa dan iman serta kehinaan berkekalan dalam kehidupan. Usaha penghayatan al-Quran ini tidak akan berjaya melainkan perkara ini berlangsung secara komited dan konsisten dalam proses pendidikan yang holistik, teratur dan bersepadu demi mencapai Khaira Ummat atau kecemerlangan umat manusia sejagat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Al-Quran Kitab Pembangunan Sinergi Umat Manusia Sejagat.pdf
Size
691.2 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):0cede83bae63bd1372a9aa887c1c763b