Options
Formula Shapiee: Pendekatan Matematik Untuk Wanita Haid Mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran di Bulan Ramadan
Date Issued
2024
Abstract
Bulan Ramadan adalah bulan suci dalam Islam yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran yang besar dalam melakukan ibadah, termasuk khatam Al-Quran sepanjang bulan Ramadan. Namun, wanita Muslim yang mengalami haid menghadapi cabaran untuk khatam Al-Quran kerana tidak dapat menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzuk dalam tempoh sebulan khusunya sepanjang Ramdan. Kajian ini memperkenalkan Formula Shapiee, satu kaedah matematik yang membantu wanita Muslim mengalami haid merancang dan mengurus jadual pembacaan Al-Quran dengan efektif. Formula ini mengira jadual bacaan berdasarkan bilangan hari haid, tempoh hari di bulan Ramadan bagi membolehkan wanita haid mengetahui jumlah muka surat yang perlu dibaca setiap hari sebelum dan selepas haid. Formula ini menyumbang kepada pembangunan jadual bacaan kitaran haid yang unik mengikut kitaran haid individu dalam kalangan wanita Muslim seterusnya memudahkan wanita menguruskan bacaan Al-Quran mereka dengan lebih efektif bagi setiap bulan khususnya sepanjang Ramadan, sekaligus mencapai matlamat mengkhatamkan Al-Quran setiap bulan khususnya dalam bulan Ramadan.
File(s)
Loading...
Name
Formula Shapiee Pendekatan Matematik Untuk Wanita Haid Mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran di Bulan Ramadan.pdf
Size
286.45 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):4da022339c3fc69ab92e001b6afee291