Publication: Konsep 'Ismah Kenabian Menurut Badiuzzaman Said Nursi Berdasarkan Kitab Rasa’il An-Nur
Loading...
Date
2020-11-04
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM
Abstract
Sifat ‘ismah atau pun maksum bagi para nabi dan rasul adalah sangat penting difahami oleh setiap generasi manusia. Ketidakfahaman yang jitu dalam hal ini menyebabkan kebarangkalian wujud persepsi negatif kepada para utusan Allah SWT dan ini merencatkan lagi proses penyebaran Islam secara tidak langsung. Justeru, artikel ini membuat tinjauan secara umum dan melihat secara khusus kepada pandangan Badiuzzaman Said Nursi berkenaan pengertian c ismah (maksum) dan juga melihat kepada hikmah serta tujuan keperluan ‘ismah ini bagi diri para nabi dan rasul. Antara metode penulis dalam kajian ini ialah merujuk langsung daripada kitab-kitab Rasail an-Nur, dan juga melalui sumber-sumber bacaan berkenaan konsep ‘ismah. Perbandingan daripada beberapa aliran pemikiran dalam Islam berkaitan perbahasan ini juga diketengahkan supaya kesamaran konsep ini terangkat dan dapat dijelaskan sebaiknya. Hasilnya, kita dapat mengenal pasti sudut pandang sebenar yang diterima pakai di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah menerusi perbincangan yang dikemukakan oleh tokoh mujaddid abad ke 20 ini.
Description
E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10)
“ Towards Peaceful Co-Existence And Excellence Of Ummah : An Implication Of Rahmatan Lil’Alamin”
Organized by: Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management
4th November 2020.Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri Ahmad
Keywords
Badiuzzaman Said Nursi, 'ismah, Maksum, Rasail an-Nur