Options
Seni Urut Tradisional Melayu: Adalah Kepakaran Tempatan Perlu Diteruskan atau Diabaikan?
Date Issued
2024
Author(s)
Muhammad Nurhakim Bin Khalid
Muhammad Arifuddin Adha Bin Ahmad Pekeri
Muhammad Nasrunnaim Bin Abdul Aziz Muhammad
Zulfikri Bin Che Razi
Sukhairu Bin Sulaiman
Abstract
Setiap masyarakat yang mendiami muka bumi ini mempunyai ketamadunan dan peradaban keilmuan serta khazanah cendekiawan yang unik dan tersendiri. Hal tersebut berkembang dengan pesatnya sejajar dengan usaha yang digembleng oleh para cendekiawan tempatan yangmembentuk dan mengadun pemusatan ilmu dalam kalangan masyarakatnya dan begitu juga dengan masyarakat orang melayu. Satu aspek kebijaksanaan Melayu kuno yang patut dikaji lebih mendalam ialah teknik mengurut. Di Malaysia, permasalahan yang dapat dilihat ialah urutan ini semakin dicemari oleh pengaruh luar, yang juga telah mengubah bentuk seni. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sama ada penduduk tempatan terbuka untuk menerima seni tempatan dan sama ada mereka menerima urut tradisional Melayu. Pendapat orang ramai mengenai masa depan urut tradisional Melayu turut diminta untuk kajian itu. Hasil dapatan kajian menepati penduduk Melayu masih mementingkan kesenian tradisional. Kajian mendapati kesenian tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, terbukti bahawa unsur-unsur pengaruh luar telah diperhatikan dalam urutan tradisional Melayu.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Seni Urut Tradisional Melayu Adalah Kepakaran Tempatan Perlu Diteruskan atau Diabaikan.pdf
Size
281.27 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):0737d3ef600f2e6a7ad876d9975c1f1c