Publication:
Peranan dan Sumbangan Mahmud Yunus (m. 1983) dalam ilmu Mustalah al-Hadith di Alam Melayu

Loading...
Thumbnail Image

Date

2018

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Core Studies Center, Selangor International Islamic Universiti College

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Mustalah al-hadith ialah cabang ilmu yang menjelaskan kriteria dan ciri-ciri penerimaan dan penolakan sesebuah hadis Nabi SAW daripada kedua-dua aspek salasilah periwayatan (sanad) dan kandungannya (matan). Lantaran kepentingan dan peranannya dalam memelihara integriti dan kredibiliti sesebuah hadis, ilmu ini telah dijadikan sebahagian daripada aspek penting dalam kurikulum pendidikan Islam sejak daripada dahulu lagi yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Walau bagaimanapun, dalam konteks Alam Melayu, penulisan ilmu Mustalah al-Hadith berkembang dengan agak perlahan. Hanya mulai daripada penghujung abad ke-19 sahaja dapat diperhatikan bibit perkembangannya menerusi penghasilan karya yang khusus oleh para ilmuwan tempatan seumpama Syeikh Nawawi Banten (m. 1897), Syeikh Muhammad Mahfuz al-Tarmasi (m. 1920), Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy (m. 1975), Mahmud Yunus (m. 1983) dan sebagainya. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan membincangkan topik ini dengan lebih mendalam. Fokus utama adalah untuk menganalisis peranan dan sumbangan Mahmud Yunus dalam mengembangkan ilmu Mustalah al-Hadith di Alam Melayu berdasarkan karya-karyanya dalam bidang berkenaan. Kajian kualitatif yang berteraskan metode kajian sejarah dan analisis teks ini merangkumi perbincangan metode, kandungan dan stail pengarangan selain biografi pengarangnya. Hasilnya, dapatan kajian menunjukkan, antara lain, kepentingan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh tokoh ini terhadap perkembangan ilmu Mustalah al-Hadith di rantau ini secara amnya.

Description

Volume: 5 No:1 (page: 30-43)

Keywords

Mahmud Yunus, Mustalah al-Hadith, ulama, Alam Melayu, hadis

Citation

Mohd Zarif, M. M. . (2018). Peranan dan Sumbangan Mahmud Yunus (m. 1983) dalam Ilmu Mustalah al-Hadith di Alam Melayu: The Role and Contribution of Mahmud Yunus (d. 1983) in the Field of Mustalah al-Hadith in the Malay World. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 5(1), 30-43. Retrieved from https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/89