Options
Perdagangan Mata Wang Atas Talian (Online Forex Trading): Kewajaran Pengharamannya Dari Perspektif Syariah Dan Undang-Undang Malaysia
Date Issued
2021-09-09
Author(s)
Nik Rahim Nik Wajis
Nurliyana Shahira Binti Baharli
Abstract
Perdagangan mata wang atas talian (PMWAT) atau Online forex trading (OFT) adalah di antara jenis perdagangan yang semakin mendapat perhatian masyarakat pada masa kini. Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan PMWAT ini semakin mendapat perhatian bagi dijadikan sumber pendapatan pantas bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi. Satu fakta yang tidak dapat dinafikan PMWAT adalah di antara jenis perdagangan yang mempunyai tahap kecairan (liquidity) yang paling tinggi dalam pasaran kewangan dunia. Namun begitu, isu berkaitan pengharaman PMWAT masih menjadi perdebatan oleh pelbagai latar belakang masyarakat meskipun telah wujud fatwa yang mengharamkan urus niaga ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis kitab-kitab fiqh serta artikel dan jurnal bagi mengupas isu kedudukan PMWAT menurut perspektif Syariah serta undang-undang di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa PMWAT adalah jenis perdagangan yang mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat khas kerana ianya termasuk dalam kategori Bai’ al-Sarf. Analisis kajian turut mendapati bahawa sistem PMWAT yang digunapakai pada masa kini adalah bertentangan dengan rukun dan syarat muamalat menurut syarak. Maka, hasil kajian berpandangan bahawa terdapat kewajaran dalam pengharaman PMWAT berdasarkan beberapa isu yang dibincangkan dalam artikel ini.
Kata kunci: perdagangan mawa wang, forex, syariah, Bai’ al-Sarf, pengharaman
Kata kunci: perdagangan mawa wang, forex, syariah, Bai’ al-Sarf, pengharaman
File(s)
Loading...
Name
16.BM. SAIS2021 - Perdagangan Mata Wang Atas Talian (Online Forex Trading)_ Kewajaran Pengharamannya Dari Perspektif Syariah Dan Undang-Undang Malaysia.pdf
Description
Perdagangan Mata Wang Atas Talian (Online Forex Trading): Kewajaran Pengharamannya Dari Perspektif Syariah Dan Undang-Undang Malaysia
Size
563.19 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):f7942b2780a969c1e6313ed99121e2b1