Publication:
Penggunaan Hadith Nabi Dalam Penulisan: Analisis Terhadap Karya Karya Golongan Liberal Dan Pengaruhnya Dalam Media Sosial

Loading...
Thumbnail Image

Date

2018-06

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Universiti Sains Islam Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kertas kerja ini merupakan satu kajian ke atas hadis-hadis Rasulullah SAW yang digunapakai oleh golongan liberal dalam penulisan karya mereka. Ia menjadi salah satu wasilah penyebaran pemikiran liberal yang satu aliran berfikir baru dalam kalangan umat Islam. Golongan liberal mempunyai fahaman dan pandangan mereka yang tersendiri terhadap al-Quran dan hadis dalam setiap penghujahan. Penulisan terhadap penghujahan Islam Liberal terhadap al-Quran telah banyak diperkatakan dan dibincangkan berbanding penulisan Islam liberal terhadap hadis. Justeru, kertas kerja ini bertujuan menganalisis penulisan yang ditulis oleh golongan Islam liberal terhadap hadis-hadis Nabi SAW serta pengaruh penulisan tersebut dalam media sosial. Medium ini menjadi platform golongan liberal sebagai modus operandi meningkatkan lagi kuantiti pengikut serta meluaskan lagi ideologi pemikiran mereka. Keadaan ini berikutan peningkatan rakyat Malaysia yang menjangkau lebih daripada 18 juta pengguna tegar media sosial terutamanya akaun facebook dan blog. Ia dilihat lebih mudah dalam menyampaikan maklumat serta berkongsi apa sahaja fahaman tanpa ada sekatan. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan analisis dokumen setelah data dikumpulkan daripada kajian kepustakaan. Kajian kualitatif ini mengadaptasikan kaedah sejarah dan kajian teks dalam usaha untuk menilai keabsahan pendekatan dan hujah yang dikemukakan oleh para pendukung liberalisme terhadap kedudukan hadis Nabi SAW yang bukan sahaja diperkecil bahkan turut dinafikan peranan dalam penulisan-penulisan sahaja sebagai sumber kedua terpenting dalam agama Islam selepas al-Quran al-Karim

Description

JOHS Vol 3. No 1. June 2018

Keywords

Hadith, Penulisan, Golongan Liberal, Media Sosial

Citation

Yama, P., Mohd. Salleh, N., Ismail, A. Z., Mohamad Husin, H., Mohd. Haridi, N. H., & Mohd. Noor, M. S. (2018). PENGGUNAAN HADITH NABI DALAM PENULISAN: ANALISIS TERHADAP KARYA KARYA GOLONGAN LIBERAL DAN PENGARUHNYA DALAM MEDIA SOSIAL. Journal Of Hadith Studies, 3(1). https://doi.org/10.33102/johs.v3i1.27