Options
Bilangan dan Penilaian Darjat Hadith dalam Silibus Pendidikan Islam: Kajian Terhadap Silibus Tahun Lima dan Enam Sekolah Kebangsaan
Date Issued
2022
Abstract
Berdasarkan Silibus Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan di Malaysia, didapati sejumlah hadith telah dimasukkan sebagai dalil terhadap sesuatu peristiwa, hukum dan sebagainya. Sebahagian daripada hadith tersebut, tidak dinyatakan sumber atau hukumnya dan sekaligus menimbulkan pertanyaan terhadap status hadith itu sama ada sahih atau sebaliknya. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti bilangan hadith serta penilaian darjatnya dalam silibus berkenaan, memandangkan masih ramai dari kalangan guru-gurunya yang tidak dapat mengenalpasti sumber hadith berkenaan dan statusnya. Metode analisis yang digunakan adalah melalui metode induktif dan deduktif terhadap data yang bersifat kajian perpusatakaan sehingga hadith-hadith yang dinyatakan dalam buku tersebut dinukilkan dan diberikan ulasan takhrijnya. Hasil kajian mendapati bahawa dalam Silibus (buku teks) Pendidikan Islam Tahun Lima terhadap lapan (8) hadith dengan teks berbahasa Arab dan dua (2) hadith dalam Silibus Tahun Enam. Keseluruhan hadith bertaraf sahih atau hasan kecuali satu hadith yang dihukumkan sebagai hadith pals. Diharapkan hasil dari penulisan artikel ini dapat membantu dan meyakinkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam untuk menjelaskan hadith-hadith tersebut kepada murid-murid mereka serta menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang hadith.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Bilangan dan Penilaian Darjat Hadith dalam Silibus Pendidikan Islam Kajian Terhadap Silibus Tahun Lima dan Enam Sekolah Kebangsaan.pdf
Size
551.63 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):cb8264962a1b83198f58785029ef0b83