Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. USIM Journals
  3. Al-Taqrir: Jurnal Perundangan Syariah Negeri Sembilan
  4. Dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban Noor Afiqah Shuhaidah Binti Khairuddin lwn Khairuddin Bin Abu Samah(No. Kes: 2303-L0205-124-0262)
 
  • Details
Options

Dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seremban Noor Afiqah Shuhaidah Binti Khairuddin lwn Khairuddin Bin Abu Samah(No. Kes: 2303-L0205-124-0262)

Date Issued
2025
Author(s)
Nurul Fadhlina Che Daud
DOI
10.33102/altaqrir.13
Abstract
Kes ini berkaitan tuntutan wali enggan yang difailkan oleh Plaintif terhadap bapanya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban di bawah Seksyen 13(b) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Plaintif menuntut agar pernikahan dengan calon pilihannya dapat dilangsungkan setelah Defendan enggan mewalikannya tanpa alasan munasabah. Mahkamah meneliti keterangan kedua-dua pihak, saksi-saksi, serta merujuk dalil al-Quran, al-Hadis, dan pandangan fuqaha. Mahkamah percaya, peranan wali dalam akad nikah ini telah dimaklumi umum, merupakan satu rukun nikah yang tidak boleh dipandang ringan. Wali berfungsi sebagai pelindung dan penasihat kepada wanita, khususnya dalam urusan perkahwinan yang melibatkan masa depan dan maruah. Keadaan wali yang enggan menikahkan anak perempuannya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak boleh membawa kepada pelbagai implikasi negatif, bukan sahaja terhadap anak perempuan yang terlibat, tetapi juga terhadap institusi kekeluargaan dan masyarakat secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, Mahkamah tidak akan sewenang-wenangnya memberi kebenaran wali raja tanpa mempertimbangkan keterangan daripada wali bagi mengimbangi hak wali dan hak anak perempuan itu sendiri. Walau bagaimanapun, dalam kes ini selepas pihak wali diberikan ruang untuk memberi keterangan dan membuktikan dakwaan berkaitan kengganannya, analisis Mahkamah mendapati bahawa kuasa wali mujbir tetap terikat dengan syarat sekufu serta larangan menolak calon suami yang beragama dan berakhlak baik. Dalam kes ini, calon suami Plaintif didapati sekufu, berpendidikan, berpendapatan stabil, dan tidak mempunyai halangan syarak. Alasan Defendan mengenai keengganannya tidak dapat dibuktikan serta tiada calon lain pilihan wali yang lebih sekufu dikemukakan. Mahkamah memutuskan bahawa Defendan telah enggan mewalikan Plaintif tanpa alasan syarie yang sah. Oleh itu, Mahkamah memberi persetujuan dan membenarkan pernikahan Plaintif dilangsungkan melalui wali hakim (Wali Raja). Keputusan ini menegaskan prinsip bahawa hak wali mujbir tidak boleh disalahgunakan untuk menghalang perkahwinan yang sah di sisi syarak, khususnya apabila syarat sekufu dan kerelaan pihak perempuan telah dipenuhi.
Subjects

Tuntutan wali enggan

wali hakim

Seksyen 122 Enakmen U...

rukun nikah

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Noor Afiqah Shuhaidah binti Khairuddin lwn Khairuddin bin Abu Samah (NO. KES 2303-L0205-124-0262).pdf

Size

393.72 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):37abe05f1a68297248eb2213630ec308

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia