Options
Etika Penetapan Metodologi Tafsir: Kritikan Terhadap Skripsi Metode Basmeih Dalam Menafsirkan Ayat Dalam Tafsir Pimpinan Al-Rahman
Date Issued
2021-10-06
Author(s)
Mohammad Dhiya’ul Hafidh Fatah Yasin
Muhammad Ihsan Idris
Ku Mohd Syarbaini Ku Yaacob
Muhammad Muthi’ul Haqq Fatah Yasin
Mohammad Roshimi Abdullah
Abstract
Tafsir Pimpinan al-Rahman oleh Abdullah Basmeih merupakan antara tafsir terawal dalam kalangan penutur Bahasa Melayu dan digunakan secara meluas di Malaysia serta dicetak berulang kali oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pelbagai kajian dijalankan terhadap kitab tafsir ini sama ada dari sudut metodologi atau kandungan. Kajian ini bertujuan menjelaskan etika penetapan metodologi tafsir melalui penilaian semula terhadap Skripsi Metode Basmeih Dalam Menafsirkan Ayat Dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman. Dalam kajian ini, para pengkaji memfokuskan kepada surah al-Mu‘awwizāt untuk menilai semula kesahihan dakwaan penulis tentang penggunaan metodologi tafsir bi al-Ma’thūr oleh Abdullah Basmeih. Metodolgi kajian yang digunakan ialah metode kualitatif. Kaedah penilitian data pula menggunakan kaedah komparatif. Data diambil daripada kitab-kitab al-Tafsir bi al-Ma’thūr, Ulum al-Quran dan kitab-kitab hadis. Hasil kajian mendapati dakwaan penggunaan metodologi tafsir bi al-Ma’thūr oleh Abdullah Basmeih tidak berpandukan etika yang betul. Kesimpulannya, Abdullah Basmeih tidak menggunakan metodologi tafsir bi al-Ma’thūr dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman semata-mata, sebaliknya lebih cenderung kepada kaedah al-tafsir al-Lughawi dan satu kajian khusus perlu dijalankan untuk mengenal pasti nisbah penggunaan metodologi tafsir bi al-Ma’thūr dan tafsir al-Lughawī dalam karya tersebut secara keseluruhan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
ETIKA PENETAPAN METODOLOGI TAFSIR.pdf
Size
1022.36 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):67ddcc259bba270b5110a650c8ca14b5