Options
Pengaruh Aplikasi Tiktok terhadap Kehidupan Sosial Remaja menurut Perspektif Islam
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Hanis Aqilah Binti Aman Shah
Hannan Afifah Binti Mohd Nor
Nurul Asyiqin Binti Zainal
Abstract
TikTok adalah sebuah aplikasi pembuatan video yang berdurasi pendek diiringi dengan pelbagai muzik yang menarik dan sangat disukai oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja. Walaupun begitu, terdapat kesan positif dan negatif yang dapat diperolehi dalam kandungan video dengan kehidupan sosial remaja pada masa kini. Gaya kehidupan remaja akan berubah bergantung dengan kebijaksanaannya dalam menggunakan aplikasi tiktok sama ada diambil dari kegiatan-kegiatan positif atau sebaliknya yang boleh menyebabkan terpesong dari syariat Islam yang sebenar. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui seberapa besar pengaruh aplikasi TikTok terhadap kehidupan sosial remaja pada masa kini menurut perspektif Islam. Jenis kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dalam kaedah pemerhatian dan perpustakaan untuk mendapatkan data yang valid dan mendalam mengenai permasalahan di dalam kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi TikTok terhadap kehidupan sosial masyarakat pada masa kini terlalu besar dan luas sekali, terutama sekali golongan remaja. Kesimpulannya, aplikasi TikTok dapat mempengaruhi kehidupan sosial remaja sehingga menyebabkan ketagihan dan ikutan sama ada ia membawa kepada perkara yang baik ataupun yang buruk. Oleh itu, aplikasi TikTok perlu digunakan dengan sebaiknya iaitu mengelakkan daripada menyalahgunakannya ke arah perkara yang tidak berfaedah. Jadi, perkara ini perlu diambil perhatian terutamanya oleh ibu bapa supaya memantau tingkah laku anak-anak dan meneliti sumber yang mempengaruhi kehidupan sosial anak-anak.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
PENGARUH APLIKASI TIKTOK TERHADAP KEHIDUPAN SOSIAL REMAJA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.pdf
Size
550.2 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):99a59e8153f63c121c8377243a9c026c