Publication:
Metode Ibn Adil Al-Hanbali (W 880h) Dalam Penghujahan Hadith Di Dalam Kitabnya Al-Lubab Fi Ulum Al-Kitab: Kajian Terhadap Surah Al-Fatihah

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian ini meneliti metod Ibnu Adel al-Hanbali dalam penghujahan Hadithdi dalam kitab tafsirnya al-Lubab Fi Ulum al-Kitab. Penulis akan menerangkan secara jelas metode yang digunakan oleh Ibnu Adeldan menelusuri aspek penggunaan hadithsebagai sumber rujukan dan pendalilan dalam penghujahan pentafsiran al-Quran di dalam kitab beliau.Kajian ini juga cuba menghubungkan metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dengan keperluan pentafsir masakini di dalam penulisan mereka. Pemilihan kitab al-Lubab ini dalam kajian ini pula ialah kerana kitab ini adalah sebuah kitab tafsir yang besar yang mengandungi sebanyak 20 jilid. Ianya menunjukkan bahawa pengarangnya adalah seorang yang alim di zamannya akan tetapi ianya kurang dikenali di rantau ini. Skop kajian ini memfokuskan kepada surah al-Fatihahuntuk melihat sejauh mana penghujahan Ibnu Adel bersumberkan hadith. Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa Ibnu Adel mementingkan penggunaan hadithsebagai hujah dan sumber dalam mengarang kitab tafsirnya ‘al-LubabFi Ulum al-Kitab’ akan tetapi beliau tidak konsisten dalam menyandarkan hadithkepada perawi yang terdekat atau dikenali sebagai rawi a’ladi kalangan sahabat. Beliau tidak menyandarkan hadith-hadithtersebut dengan sanad yang sempurna sebagaimana yang dilakukan olehulamak-ulamak hadithserta tidak menyatakan status hadithsamada saheh, dhaif ataupun mungkar. Beliau juga mengambil pendapat-pendapat ulamak dari kitab-kitab yang beliau rujuk tanpa ada penjelasan lanjut.

Description

Volume : 3. No: 1 (page: 24-40)

Keywords

Hadith, Ibnu Adel, al-Lubab, al-Lubab fi Ulum al-Kitab

Citation

Mohamed, A. K., Mohd Yusoff, M. Y. @ Z., & Abdul Aziz al-Ghiryani, A. (2018). METODE IBN ADIL AL-HANBALI (W 880H) DALAM PENGHUJAHAN HADITH DI DALAM KITABNYA AL-LUBAB FI ULUM AL-KITAB: KAJIAN TERHADAP SURAH AL-FATIHAH. Journal Of Hadith Studies, 3(1 (2). https://doi.org/10.33102/johs.v3i1 (2).42