Publication: Persediaan Program School Enterprise Yang Berkesan: Panduan Buat Kolej Vokasional di Malaysia
Loading...
Date
2021
Authors
Norfariza Mohd Radzi
Muhammad Faizal A. Ghani
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
Abstract
Pengenalan- Program School Enterprise (SE) adalah merupakan sebuah program
keusahawanan yang dilaksanakan oleh Kolej Vokasional (KV) di Malaysia sebagai salah
satu kandungan kurikulum yang melibatkan kemahiran praktikal. Bagi memenuhi aspirasi
pendidikan yang sentiasa berkembang, program ini memerlukan kepada sebuah persediaan
yang terperinci bagi meningkatkan keberkesanannya terhadap para pelajar yang berada di
Kolej Vokasional.
Objektif – Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perancangan persediaan program School
Enterprise yang berkesan yang mampu menjadi panduan kepada pentadbir, pensyarah dan
para pelajar khususnya di Kolej Vokasional di Malaysia.
Methodologi – Kajian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi yang melibatkan lima belas
pakar dalam bidang pendidikan Keusahawanan dan Perniagaan. Soal selidik yang dibina
daripada temubual serta tinjauan literatur diedarkan kepada panel pakar bagi mendapatkan
persetujuan mereka terhadap elemen penting serta kandungan terhadap persediaan program
School Enterprise ini.
Dapatan – Dapatan kajian berjaya menyenaraikan beberapa elemen penting bagi
mewujudukan persediaan program School Enterprise yang baik. Elemen yang diperlukan
didalam persediaan program ini adalah kefahaman program, kesediaan pelajar, kesediaan
guru, kesediaan organisasi sekolah serta penyediaan modul.
Kepentingan – Sebagai impilkasi, profil persediaan ini diharap mampu meningkatkan
keberkesanan program School Enterprise sedia ada agar lebih berdaya saing serta lebih
relevan dengan kehendak terkini dalam pembinaan pelajar yang berpengetahuan serta
berkemahiran.
Description
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani
11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian)
Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia
Keywords
School Enterprise; Kolej Vokasional; persediaan