Options
Analisis Penggunaan Ict dalam Pengajaran Tahfiz : Guru dan Murid di Mrsm Ulul Albab
Date Issued
2022
Author(s)
Mardhiah Yahaya
Zainora Daud
Rohana Zakaria
Hayati Husin
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang penggunaan ICT dalam pengajaran tahfiz al-Quran. Pendiidkan tahfiz bukan lagi Pendidikan yang asing di Malaysia malah ia telah diterima sejak 10 tahun sebelum ini. perkembangan Pendidikan yang seiring dengan kemajuan dan kepesatan teknologi turut menjadikan penddidikan tahfiz melangkah seiring bersama. Justeru, objektif kajian ini adalah meneroka tahap persetujuan guru dan murid terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran tahfiz al- Quran. Kajian yang menggunakan reka bentuk kualitatif ini melibatkan guru dan murid dari empat zon iaitu zon utara, zon barat zon timur dan zon selatan semenanjung Malaysia. Temu bual separa struktur telah digunakan sepanjang proses pengumpulan data. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti 8. Tema-tema telah dibentuk berdasarkan data-data yang telah dikumpulkan. Dapatan menunjukkan guru dan murid amat bersetuju terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran tahfiz seiring dengan keperluan Pendidikan Abad ke 21 (PAK 21). Selain itu,turutmenyokong kepada keinginan murid yang mengikut peredaran zaman. Ini selari dengan tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu melahirkan huffaz yang bukan sahaja menghafaz dengan lancar malah memiliki perkembangan potensi jasmani dan rohani secara menyeluruh.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Analisis Penggunaan Ict dalam Pengajaran Tahfiz Guru dan Murid di Mrsm Ulul Albab.pdf
Size
260.51 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2f5735f80ee4ad93b778fbfc98d1722d