Options
Pelaksanaan Dana Endowmen dan Wakaf di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA): Pengalaman Malaysia
Date Issued
2022
Author(s)
Nurul Adilah Hasbullah
Asmak Ab Rahman
Abstract
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia telah melaksanakan dana endowmen dan wakaf bagi membantu mereka untuk mengukuhkan sumber kewangan untuk terus beroperasi, selari dengan saranan daripada pihak kerajaan. Memandangkan terdapat IPTA yang melaksanakan kedua-dua instrumen tersebut, maka kajian ini bertujuan untuk mengkaji persamaan dan perbezaan dalam pelaksanaan dana endowmen dan wakaf. Untuk merungkai objektif tersebut, kajian ini dilaksanakan menerusi kaedah kajian perpustakaan dan temu bual dengan pihak yang terlibat dalam pengurusan endowmen dan wakaf daripada IPTA yang terpilih (iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)). Kajian ini telah mendapati bahawa struktur governan dana endowmen dan wakaf di IPTA terpilih adalah sama; namun berbeza dari segi cara penubuhan, keizinan yang diperlukan, dan hak pemilikan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pelaksanaan Dana Endowmen dan Wakaf di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Pengalaman Malaysia.pdf
Size
530.86 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):bc2e85f1fd72b80768c1056c87211042