Publication:
Mandi Langir dan Kepentingannya dalam Masyarakat Kedayan serta Perspektif Islam Mengenainya

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Etnik Kedayan dipercayai berasal dari Jawa dan dibawa ke Brunei oleh Sultan Bolkiah (Sultan Brunei Kelima). Daripada Brunei, sebahagian mereka berhijrah dan menetap di Sabah dan Sarawak. Masyarakat tersebut juga merupakan penganut agama Islam yang dipercayai telah menerima Islam melalui Kesultanan Brunei pada akhir abad ke-15. Mereka terkenal dengan budaya dan amalan mereka yang unik. Antaranya ialah amalan "balangi" atau mandi langir. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan mengupas secara deskriptif interpretif amalan mandi langir dan kepentingannya dalam kalangan masyarakat Kedayan. Kajin ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan data. Seterusnya, teks verbatim dianalisis bagi melihat sama ada wujud asas atau elemen daripada pra Islam dan Islam dalam amalan mandi langir masyarakat Kedayan. Kajian mendapati, amalan mandi langir dalam masyarakat Kedayan ada asasnya daripada kepercayaan pra Islam iaitu dinamisme-animisme dan juga Islam. Interaksi antara keduanya pada peringkat awal menyebabkan sinkretisme. Sungguhpun begitu, elemen sinkretisme dalam amalan mandi langir masyarakat Kedayan hampir pupus.

Description

Keywords

Kedayan, Langir, Perspektif Islam, Sinkretisme

Citation