Options
Fitokimia dalam Warna Buah-Buahan: Kajian dari Perspektif Al-Quran dan Sains Pemakanan
Date Issued
2025
Abstract
Kajian ini bertujuan meneliti warna buah-buahan yang disebut dalam al-Qur’an dan hubungannya dengan manfaat saintifik dari aspek nutrisi dan kesihatan fizikal. Objektif utama adalah untuk mengenal pasti buah-buahan dalam al-Qur’an, menjelaskan fitokimia dalam warna buah-buahan, dan menilai manfaatnya terhadap kesihatan manusia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif berbentuk analisis dokumen dengan merujuk kepada ayat al-Qur’an, tafsir klasik dan kontemporari, serta literatur saintifik moden. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam buah-buahan pelbagai warna dalam al-Qur’an seperti anggur, delima, zaitun, kurma, tin dan pisang. Warna pada buah-buahan ini memengandungi fitokimia dan nutrien yang menyokong kesihatan tubuh antaranya antioksidan, polifenol, serat, vitamin, dan mineral. Dapatan ini menunjukkan bahawa al- Qur’an bukan sahaja menggambarkan buah-buahan sebagai rezeki, tetapi turut memberi isyarat tentang kepelbagaian warna buah-buahan yang mempunyai khasiat dari sudut sains pemakanan untuk kesejahteraan manusia.
File(s)
Loading...
Name
Fitokimia dalam Warna Buah-Buahan Kajian dari Perspektif Al-Quran dan Sains Pemakanan.pdf
Size
584.88 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2885441d82d0fce7494cbb73b77f00e3