Publication:
Islam: Faham Agama Dan Asas Akhlak Oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas: Suatu Ulasan Ringkas

dc.contributor.authorMastura binti Haji Abd Wahaben_US
dc.contributor.authorKhadijah Mudaen_US
dc.contributor.authorWan Mohd Fazrul Azdi Wan Razalien_US
dc.date.accessioned2024-05-31T02:13:20Z
dc.date.available2024-05-31T02:13:20Z
dc.date.issued2020-10-15
dc.description3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020) COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION Date: 15 October 2020 Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) & Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)en_US
dc.description.abstractAgama merupakan salah satu perkara penting dalam kehidupan manusia. Agama disebut sebagai alDīn dalam Bahasa Arab dan religion dalam Bahasa Inggeris. Di Malaysia, Islam merupakan agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Perbahasan mengenai agama Islam sebagai al-Dīn serta asas-asas akhlak dibincangkan dalam sebuah buku karangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas, seorang ahli falsafah Malaysia yang terulung. Buku tersebut berjudul Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak (2019). Artikel ini menghuraikan secara ringkas biografi Syed Muhammad Naquib Al-Attas, memberi pengenalan ringkas terhadap buku Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak serta menghuraikan konsep agama, Islam dan asas-asas akhlak menurut pandangan Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui kajian analisis teks buku Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Hasil kajian mendapati bahawa buku Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak adalah merupakan bab yang ketiga dalam buku Islam and Secularism (1978) karangan Syed Naquib Al-Attas dalam Bahasa Inggeris. Al-Attas berpendapat bahawa agama merujuk kepada alDīn yang merangkumi keimanan, kepercayaan, amalan, ajaran dan anutan orang Muslim sama ada dari sudut individu atau masyarakat. Islam pula bermaksud penyerahan diri kepada Allah oleh sekalian makhluk sama ada yang mempunyai akal, hati, nafsu dan kekuatan diri bagi mengabdikan diri kepadaNya (cubudiyyah) dengan melakukan segala suruhanNya. Manakala, akhlak pula merujuk kepada tingkah laku atau perangai individu. Akhlak merupakan sifat-sifat asasi yang mendasari kehidupan beragama bagi setiap individu yang bergelar Muslim. Oleh itu, buku Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak ini boleh dijadikan rujukan kepada para pembaca dalam memahami konsep agama, Islam sebagai al-Dīn serta asas-asas akhlak yang mendasari kehidupan seorang Muslim.en_US
dc.identifier.epage527
dc.identifier.isbneISBN : 9789674408367
dc.identifier.spage518
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18436
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferenceE-Proceeding : Seminar Antarabangsa Islam Dan Sains (SAIS 2020)en_US
dc.subjectSyed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, Islam, Agama, Akhlaken_US
dc.titleIslam: Faham Agama Dan Asas Akhlak Oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas: Suatu Ulasan Ringkasen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
ISLAM FAHAM AGAMA DAN ASAS AKHLAKOLEH SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS.pdf
Size:
909.89 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description:

Collections