Publication:
Pelupusan Al-Quran di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal Pelupusan Secara Penanaman

dc.contributor.editorMuhammad Asyraf bin Mohd Zamri
dc.contributor.editorMohd Zahir Abdul Rahman
dc.contributor.editorMuhamad Hafizuddin bin Mohamed Najid
dc.contributor.editorMohd Zohdi bin Mohd Amin
dc.contributor.editorNorakyairee bin Mohd Raus
dc.contributor.editorLatiffah Karim
dc.date.accessioned2024-09-03T02:01:29Z
dc.date.available2024-09-03T02:01:29Z
dc.date.issued2024-06-01
dc.descriptionJournal of Ma’alim al-Quran wa al-Sunnah Volume 20 Issue 1 Page (202-219)
dc.description.abstractMenjaga kemuliaan al-Quran merupakan kewajipan bagi umat Islam. Pelupusan al-Quran secara patuh syariah adalah langkah yang diambil bagi menjaga kemuliaan kitab suci ini sejak zaman berzaman sehingga kini. Di Malaysia, pelupusan al-Quran dilakukan terhadapmushaf yang tersilap cetak, terkoyak, rosak, usang dan luput. Tambahan pula, belakangan ini isu mushaf rosak akibat bencana banjir menyebabkan teks tersebut basah, kembang dan berlumpur kembali meningkat. Secara umumnya di Malaysia, kaedah pembakaran diguna pakai untuk melupuskan kitab suci ini, namun mushaf yang rosak akibat banjir menyebabkan kasukaran untuk bahan itu dilupuskan secara pembakaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejumlah kaedah pelupusan al-Quran berdasarkan pandangan sarjana Muslim yang bersesuaian untuk digunakan pasca bencana banjir. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan instrumen pengumpulan data kajian menerusi analisis dokumen. Hasil dapatan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah pelupusan al-Quran yang dibincangkan oleh para sarjana Muslim seperti kaedah pembakaran, penanaman dan nyahdakwat (deinking). Walaupun kaedah penanaman sudah di wartakan di peringkat pusat menerusi Muzakarah MKI kali ke 30 pada tahun 1992 tetapi masih belum pernah di praktikkan melalui agensi terbabit. Justeru, kajian berharap supaya kaedah penanaman dapat diketengahkan sebagai alternatif penyelesaian isu pelupusan al-Quran pasca banjir.
dc.identifier.citationMuhammad Asyraf bin Mohd Zamri, Mohd Zahir Abdul Rahman, Muhamad Hafizuddin bin Mohamed Najid, Mohd Zohdi bin Mohd Amin, Norakyairee bin Mohd Raus, & Latiffah Karim. (2024). Pelupusan Al-Quran di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal Pelupusan Secara Penanaman : Disposal of the Quran in Malaysia: A Preliminary Review of Disposal by Burial. Maʿālim Al-Qurʾān Wa Al-Sunnah, 20(1), 202-219. https://doi.org/10.33102/jmqs.v20i1.488
dc.identifier.doi10.33102/jmqs.v20i1.488
dc.identifier.urihttps://jmqs.usim.edu.my/index.php/jmqs/article/view/488/289
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/22294
dc.language.isoms
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysia
dc.relation.ispartofMaʿālim al-Qurʾān wa al-Sunnah
dc.relation.issn2637-0328
dc.subjectPelupusan
dc.subjectAl-Quran
dc.subjectPenanaman
dc.subjectBanjir.
dc.titlePelupusan Al-Quran di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal Pelupusan Secara Penanaman
dc.title.alternativeDisposal of the Quran in Malaysia: A Preliminary Review of Disposal by Burial
dc.typejournal-article
dspace.entity.typePublication
oaire.citation.endPage219
oaire.citation.issue1
oaire.citation.startPage202
oaire.citation.volume20
oairecerif.editor.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.editor.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.editor.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.editor.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.editor.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.editor.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Pelupusan Al-Quran di Malaysia Suatu Tinjauan Awal Pelupusan Secara Penanaman.pdf
Size:
472.17 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description: