Publication:
Penelitian Terhadap Elemen dalam Persekitaran Sistem Pensijilan Kosmetik Halal Cadangan Kerangka Konseptual

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kajian mutakhir mengenai sistem pensijilan kosmetik halal di Malaysia mendapati keadaan persekitaran sistem pensijilan ini adalah dalam keadaan krisis dengan masalah perundangan serta isu pada pihak pengilang dan pengeluar serta pengguna barangan kosmetik. Permasalahan ini memerlukan pemahaman tentang elemen-elemen persekitaran sistem ini agar langkah penambahbaikan dapat dibuat bagi memastikan pembangunan industri kosmetik halal yang mampan dan maslahat pengguna Muslim dapat dijaga dengan baik. Pemahaman ini memerlukan satu kerangka konseptual yang mampu menjelaskan elemen-elemen dalam persekitaran sistem ini. Artikel ini mengetengahkan satu cadangan kerangka konseptual yang dibangunkan berasaskan kepada perspektif sistem inovasi, konsep asas rantaian nilai kosmeik halal serta kerangka sistem berdaya maju. Kerangka konseptual ini dijangka dapat mengenalpasti elemen-elemen dalam persekitaran sistem pensijilan kosmetik halal, manakala konsep rantaian nilai pula berfungsi untuk menjelaskan kategori-kategori perkhidmatan yang perlu ditawarkan oleh sistem ini. Kerangka sistem berdaya maju pula menjadi sandaran bagi mengenalpasti elemen-elemen dalam dua kategori persekitaran sistem iaitu persekitaran umum dan persekitaran khusus.

Description

E-Proceeding of 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024): “Communication & Digitisation in Madani Society”/ Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker & Ihab Ahmed Ra’uf Awais. 5th March 2024 Organized by : Faculty of Leadership & Management

Keywords

Perspektif Sistem, Pensijilan Halal, Kosmetik Halal, Malaysia

Citation

Muhammad Raqib Mohd Sofian, Siti Suriani Othman, Safiyyah Sabri, Osama Kanaker, & Ihab Ahmed Ra’uf Awais (Eds.). (2024). In 4th International Conference on Islam, Media and Communication (ICIMac 2024) (pp. 1–501).