Publication: The Integration Of Naqli And Aqli Elements In The English For Academic Purposes Course: What Do The Students Say?
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Memelihara generasi mulia dan masyarakat yang berpengetahuan melalui integrasi pengetahuan Naqli (Quran dan Sunnah) dan Aqli (pengetahuan duniawi) adalah falsafah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kertas kerja ini menerangkan sebahagian daripada penemuan kajian yang lebih besar yang meneroka pengintegrasian unsur-unsur Naqli dan Aqli dalam kursus Bahasa Inggeris untuk Keperluan Akademik (EAP). Melalui pendekatan kualitatif, para penyelidik melakukan temu bual secara bersemuka dan separa berstruktur dengan pelajar tahun pertama yang telah menjalani kursus EAP. Seperti yang dijelaskan dalam hasil temu bual, para pelajar didapati mempunyai kesedaran dan pemahaman yang minima mengenai konsep Naqli dan Aqli, Para pengajar EAP juga tidak menyentuh konsep Naqli dan Aqli secara mendalam. Walau bagaimanapun, para pelajar masih bersifat optimistik dan percaya bahawa integrasi tersebut berpotensi menjadi lebih berjaya dan holistik untuk memenuhi misi dan visi Universiti dalam menghasilkan umat Islam yang dihormati.
Description
Keywords
Naqli and Aqli, Bahasa Inggeris untuk tujuan akademik, integrasi Naqli dan Aqli