Options
Sumbangan “Syaurah Ishak” dalam Pengajaran Al Quran Terhadap Generasi Muda Melalui Media Sosial
Date Issued
2024
Author(s)
Siti Nur Izatul Syazwani Binti Nasarudin
Wan Nurul Nabilah Husna Binti Wan Ahmad
Anis Sabrina Binti Khairul Nizam
Abstract
Al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan padanya terkandung firman-firman Allah sebagai sumber panduan utama umat Islam. Dalam meniti kehidupan pada marcapada, pengajaran Al-Quran menjadi satu keperluan bagi menghilangkan kejahilan dalam diri. Tambahan pula, tuntutan mempelajari Al-Quran itu sendiri merupakan Fardhu Ain. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran Al-Quran yang dapat digunakan pada zaman kini seperti pengajaran secara fizikal, atas talian dan pembuatan video melalui media sosial kerana segala kemudahan sudah berada dihujung jari. Namun, umat Islam khususnya generasi muda tidak mahir dalam mengendalikan kemudahan yang terkini dan akhirnya memberi impak yang negatif kepada mereka. Segelintir anak muda lebih cenderung menggunakan media sosial sebagai platform hiburan sehinggakan sanggup mengidolakan figura yang salah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk memperkenalkan kepada generasi muda seorang tokoh pemudi yang memartabatkan Al-Quran dengan mendedahkan pengajaran Al-Quran di platform-platform media sosial iaitu Syaurah Ishak. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk memperlihatkan sumbangannya dalam bidang pengajaran Al-Quran. Seterusnya, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti keberkesanan pengajaran Al-Quran melalui media sosial. Penelitian ini berbentuk soal selidik terhadap pelajar USIM yang mengenali beliau dan pernah melibatkan diri dalam pengajaran beliau. Kajian ini juga menggunakan kaedah kualitatif untuk mencari maklumat-maklumat mengenai beliau melalui platform media sosial dan buku-buku yang beliau pernah terbitkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak sumbangan beliau dalam pengajaran Al-Quran khususnya bidang hafazan Al-Quran. Beliau juga aktif dalam menyampaikan ilmu melalui pelbagai platform media sosial sepertiaplikasi Tiktok, Facebook dan Instagram. Dapat disimpulkan bahawa dengan adanya teknologi terkini dapatlah membantu proses pengajaran Al-Quran menjadi lebih progresif.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Sumbangan “Syaurah Ishak” dalam Pengajaran Al Quran Terhadap Generasi Muda Melalui Media Sosial.pdf
Size
627.03 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a429df54c75b96a25ff924bb40a73d2f