Publication: Pembangunan Modul Latihan Pelaksanaan Employee Assistance Program (EAP) Berintegrasikan Nilai Keagamaan Dalam Kalangan Staf
Loading...
Date
2021-09-09
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Employee Assistance Program (EAP) dilaksanakan sebagai usaha organisasi memberi sokongan dan bantuan kepada stafnya. Begitu pun, model pelaksanaan EAP berbeza bukan sahaja mengikut budaya dan polisi organisasi bahkan mengikut jabatan yang berbeza termasuk agensi kerajaan. Elemen keagamaan adalah keperluan dalam EAP dan berpotensi menghuraikan kompleksiti masalah pekerja secara lebih berkesan. Kertas kerja ini akan menelusuri potensi pembangunan modul latihan EAP yang berintegrasikan agama dalam kalangan staf di agensi kerajaan. Kajian ini akan menggunakan teknik penyelidikan gabungan (Mixed-Method) melalui temuramah dan soal selidik. Data kualitatif akan dianalisis menggunakan kaedah Analisis Bertema berbantukan perisian Nvivo dan data kuantitatif menggunakan Analisis Deskriptif, Inferensi dan Structural Equation Modelling (SEM). Dapatan analisis kualitatif dan kuantitatif seterusnya akan dijadikan gagasan kepada output kajian yang diharapkan iaitu pembentukan modul latihan EAP berintegrasikan prinsip Islam. Hasil signifikan yang diharapkan daripada kajian ini adalah ia membantu merealisasikan modul latihan EAP di agensi kerajaan. Seterusnya membantu staf di agensi kerajaan menunjukkan prestasi tugasan yang cemerlang dan mapan.
Kata kunci: EAP, Program Bantuan Pekerja, Kakitangan Awam, Nilai Keagamaan.
Description
Papers In MALAY Language
Date: 9 September 2021
Platform: MSTeams, USIM Nilai,
Negeri Sembilan, Malaysia.
Keywords
EAP,, Program Bantuan Pekerja,, Kakitangan Awam,, Nilai Keagamaan.