Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Conferences
  4. INTERNATIONAL CONFERENCE ON SYARIAH, LAW AND SCIENCE (CFORSJ i-CONF)
  5. 2024 CFORSJ i-CONF
  6. Bidangkuasa Hibah Amanah: Satu Tinjauan Ringkas di Mahkamah Syariah
 
  • Details
Options

Bidangkuasa Hibah Amanah: Satu Tinjauan Ringkas di Mahkamah Syariah

Date Issued
2024
Author(s)
Mohamed Fouzi Mokhtar
Universiti Sains Islam Malaysia 
Wan Abdul Fattah Wan Ismail 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Ahmad Syukran Baharuddin orcid-logo
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Perbezaan utama antara hibah mutlak dan hibah amanah adalah berkaitan dengan pemilikan harta hibah. Pemilikan harta dalam hibah mutlak hendaklah dipindahkan sepenuhnya kepada penerima hibah, dan pemberi hibah tidak lagi mempunyai hak atau kepentingan terhadap harta tersebut. Dalam perkara ini, penerima masih dapat menikmati faedah daripada harta tersebut walaupun harta berkenaan telah dipindahkan kepada benefisiari apabila menggunakan produk hibah amanah. Pelaksanaan hibah amanah ini dilakukan dengan mengubah beberapa ciri asal kontrak hibah dengan mengenakan syarat-syarat tertentu berdasarkan syarat ‘umrā dan ruqbā untuk meningkatkan keberkesanan perancangan hartanah alternatif. (Nazrul Hazizi Noordin, et. al. 2016) Namun, pelaksanaan hibah amanah ini tidak disokong oleh undang-undang yang jelas bahkan menimbulkan persoalan berkaitan mahkamah yang kompeten untuk mendengar hibah amanah ini. Makalah ini bertujuan untuk melihat berkaitan persoalan undang-undang yang menjadi permasalahan utama kepada keberkesanan pelaksanaan hibah amanah ini. Kajian perundangan ini berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan kajian dokumentasi. Metode analisis yang digunakan adalah analisis kandungan terhadap data-data yang diperolehi daripada dokumen-dokumen ilmiah seperti buku, artikel serta laporan kes dari jurnal dalam isu berkaitan keterangan dokumen dan hibah dari perspektif prinsip Syariah. Hasil kajian mendapati bahawa permasalahan bidangkuasa ini berpunca daripada pelaksanaan hibah amanah ini telah menggabungkan perkara yang berada di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dan juga Mahkamah Sivil dalam pelaksanaan hibah amanah tersebut. Kesimpulannya, suatu usaha untuk menggubal undang-undang khusus berkaitan amanah menurut Islam hendaklah dilaksanakan dengan segera bagi menyelesaikan konflik bidangkuasa ini.
Subjects

Hibah amanah

bidangkuasa mahkamah

Mahkamah Sivil

Mahkamah Syariah

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

BIDANGKUASA HIBAH AMANAH.pdf

Size

311.19 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):f916cac2fa37a1ca1be5aa0666e18e15

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia