Publication:
Pendekatan Dakwah Ke Arah Memperkasakan Pelancongan Islam Di Malaysia

dc.contributor.authorLatifah Mustafaen_US
dc.contributor.authorHisham Sabrien_US
dc.contributor.authorJunaidah Abu Semanen_US
dc.date.accessioned2024-05-28T06:36:12Z
dc.date.available2024-05-28T06:36:12Z
dc.date.issued2022
dc.date.submitted2023-1-31
dc.descriptionVolume: 7 Issues: 45 [June, 2022] pp. 18 - 33]en_US
dc.description.abstractPelancongan adalah merupakan salah satu medium penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat dengan menggunakan pendekatan yang Islamik contohnya dalam penyediaan premis, makanan dan minuman halal serta pakej pelancongan mesra Muslim. Di Malaysia, Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim (MS2610:2015) digunakan sebagai rujukan utama berkaitan prosedur pelaksanaan mesra Mulim. Standard ini telah dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia berdasarkan pandangan dan komentar dari pihak akademik dan industri. Walaupun begitu, terdapat sebahagian pemain industri tidak melaksanakan hospitaliti mesra Muslim disebabkan oleh penyelarasan polisi dan garis panduan yang kurang jelas. Matlamat kajian ini ialah untuk memahami standardasi perkhidmatan hospitaliti mesra Muslim di Malaysia dan meneroka pendekatan dakwah profesional bagi memperkasakan pelancongan Islam. Kajian ini menggunakan metod kepustakaan iaitu melihat sumber-sumber daripada data sekunder dan dokumen berkaitan. Kajian ini membuat analisa berdasarkan lima komponen dakwah iaitu dacī (pendakwah), madcu (sasaran dakwah), madcu bihi (kandungan), qawacīd (kaedah) dan uslūb (pendekatan). Dapatan kajian menunjukkan bahawa standardasi mesra Muslim memberi impak positif ke arah pemerkasaan pelancongan Islam. Pihak berautoriti, badan pensijilan dan juruaudit berperanan sebagai dacī untuk menggalakkan pemain industri menawarkan produk dan perkhidmatan yang tidak bertentangan dengan prinsip Syariah. Signifikasinya, pelaksanaan PHMM dapat memenuhi keperluan pelancong Muslim terutamanya bagi penyediaan penginapan. Indikator-indikator standard mesra Muslim adalah meliputi aspek bilik mempunyai ruang solat yang mencukupi, verifikasi arah kiblat, penyediaan makanan dan minuman halal, tandas yang dilengkapi dengan bidet serta kemudahan fasiliti yang berasingan. Kesimpulannya, kriteria standard yang dipatuhi melayakkan sesebuah premis memperolehi pengiktirafan oleh badan pensijilan. Selain itu, integriti produk juga dapat dipelihara di samping mengukuhkan syiar dakwah dalam perkhidmatan pelancongan Islam. Oleh demikian, pensijilan itu penting dalam usaha untuk melonjakkan reputasi negara di peringkat dunia.en_US
dc.identifier.citationMustafa, L., Sabri, H., & Abu Seman, J. (2022). Pendekatan Dakwah ke Arah Memperkasakan Pelancongan Islam di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7(45), 18 - 33.en_US
dc.identifier.epage33
dc.identifier.issn0128-1755
dc.identifier.issue45
dc.identifier.spage18
dc.identifier.urihttp://www.jised.com/PDF/JISED-2022-45-06-02.pdf
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/7224
dc.identifier.volume7
dc.language.isoen_USen_US
dc.publisherAcademic Inspired Networken_US
dc.relation.ispartofJournal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)en_US
dc.subjectStandardasi, Hospitaliti Mesra Muslim, Elemen Dakwah, Pelancongan Islamen_US
dc.titlePendekatan Dakwah Ke Arah Memperkasakan Pelancongan Islam Di Malaysiaen_US
dc.title.alternativeThe Approach Of Dakwah Towards Strengthening Islamic Tourism In Malaysiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Pendekatan Dakwah Ke Arah Memperkasakan Pelancongan Islam Di Malaysia.pdf
Size:
360.57 KB
Format:
Adobe Portable Document Format