Options
Ke Arah Hegemoni Politik Mughal: Analisis Gerakan Ketenteraan Awarangzib ke Wilayah Deccan
Date Issued
2024
Author(s)
Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari
Muhammad Izzad Helmy Muhammad Harun
Abstract
Wilayah Deccan sentiasa mendapat perhatian Aurangzeb setelah beliau menerajui takhta Mughal pada tahun 1658. Pengalamannya sebagai gabenor wilayah Deccan sebanyak dua kali ketika era pemerintahan Shah Jahan dan ancaman wilayah Deccan terhadap Kerajaan Mughal telah mempengaruhi pendekatan Aurangzeb dalam menangani wilayah tersebut secara tindakan ketenteraan. Berdasarkan kenyataan di atas, kajian ini dilakukan bertujuan untuk menganalisis faktor gerakan ketenteraan Mughal ke wilayah Deccan semasa pemerintahan Aurangzeb. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif seperti kajian sejarah (historical study) dan analisis kandungan (content analysis) dalam proses pengumpulan dan analisis data, khususnya terhadap sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian menunjukkan faktor utama gerakan ketenteraan Mughal ke wilayah Deccan semasa era pemerintahan Aurangzeb adalah pengekalan hegemoni Kerajaan Mughal di India. Cabaran yang wujud ketika itu khususnya daripada kerajaan-kerajaan kecil seperti Bijapur dan Golkonda serta ancaman golongan Maratha menyebabkan Aurangzeb memilih tindakan ketenteraan sebagai tindakan yang terakhir bagi menangani cabaran berkenaan setelah tindakan diplomasi yang dilaksanakan sebelum itu gagal membuahkan hasil yang diharapkan
File(s)
Loading...
Name
Ke Arah Hegemoni Politik Mughal Analisis Gerakan Ketenteraan Awarangzib ke Wilayah Deccan.pdf
Size
384.95 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):9b5f1e69568fafc7c00b7d8c3032d59a