Publication:
Impak Kerjasama Politik Umno-Pas Terhadap Perkembangan Islam Di Malaysia Dari Tahun 1973 Hingga 1978

dc.contributor.authorYaakub, M. T.en_US
dc.contributor.authorMd Rasip, O.en_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:46:27Z
dc.date.available2024-05-30T01:46:27Z
dc.date.issued2017
dc.description.abstractMakalah ini membincangkan mengenai impak kerjasama politik UMNO-PAS terhadap perkembangan Islam di Malaysia dari tahun 1973 hingga 1978. Kerjasama politik yang berjaya dibentuk bermula pada tahun 1973 adalah hasil daripada kesediaan Tun Abdul Razak dengan Mohd Asri Muda yang menerajui UMNO dan PAS pada ketika itu mencetuskan perubahan corak berpolitik yang berbeza berbanding sebelumnya. Maka, kedua-dua pemimpin ini kemudiannya merintis pembentukan sebuah kerajaan yang menggabungkan UMNO dengan PAS menerusi Kerajaan Campuran pada tahun 1973 dan Kerajaan Gabungan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974. Hasil daripada kejayaan penubuhan kedua-dua kerajaan ini, perkembangan Islam di negara ini bertambah pesat dan dapat dimanfaatkan oleh keseluruhan orang Melayu di Malaysia. Justeru, artikel ini membincangkan secara terperinci impak kerjasama politik antara UMNO dengan PAS dalam tempoh kerjasama politik berkenaan. Penyelidikan ini menggunapakai kaedah temubual dan menyorot sejumlah sumber sekunder yang kemudiannya dianalisis secara deskriptif sejarah (historical descriptive analysis) yang lazimnya dipraktikkan dalam kajian sejarah. Hasil kajian ini mendapati terdapat impak-impak jelas terhadap perkembangan Islam di negara ini sepanjang tempoh kerjasama politik antara UMNO dengan PAS dari tahun 1973 hingga 1978. Antara impak-impak tersebut ialah permulaan siaran televisyen dan radio dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, mengumandangkan suara azan, penghapusan arak dalam majlis-majlis kerajaan, penghapusan promosi dan keputusan judi di media kerajaan, penubuhan institusi Islam, pemerkasaan pendidikan Islam dan penukaran simbol institisu kerajaan. Akhirnya, artikel ini dapat dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik berikutnya untuk menilai impak kerjasama politik antara UMNO dengan PAS.
dc.identifier.epage16
dc.identifier.issn0127-7871
dc.identifier.issue1
dc.identifier.spage12
dc.identifier.urihttp://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/14
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15288
dc.identifier.volume2
dc.languageMalay
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJurnal Sains Insani
dc.sourceOpen Journal Systems
dc.subjectKerjasama Politiken_US
dc.subjectUMNO-PASen_US
dc.subjectKerajaan Campuranen_US
dc.titleImpak Kerjasama Politik Umno-Pas Terhadap Perkembangan Islam Di Malaysia Dari Tahun 1973 Hingga 1978en_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Impak Kerjasama Politik Umno-Pas Terhadap Perkembangan Islam Di Malaysia Dari Tahun 1973 Hingga 1978.pdf
Size:
404.24 KB
Format:
Adobe Portable Document Format