Publication:
Tahap Keberkesanan Ilmu Tajwid Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor

dc.contributor.authorZainora Dauden_US
dc.contributor.authorShaharuddin Saaden_US
dc.contributor.authorHayati Hussinen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T01:34:34Z
dc.date.available2024-05-30T01:34:34Z
dc.date.issued2018
dc.description.abstractTuntutan membaca al-Quran secara bertajwid merupakan fardhu ain setiap Muslim. Kurikulum pendidikan ilmu tajwid yang dipelajari di Sekolah-sekolah Tahfiz difokuskan dalam bentuk teori dan praktikal berkisarkan makhraj, sifat huruf, hukum nun sakinahserta tanwin, hukum mim sakinah, maddan sebagainya. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti latarbelakang pelajar dan menganalisis tahap keberkesanan responden di dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid. Responden kajian ini terdiri daripada 210 orang pelajar di sembilan buah sekolah tahfiz swasta di bawah PITAS, Selangor. Data-data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai berdasarkan Statistical Package for the Social Science(SPSS) versi 20.0. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriptif melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan metode soal selidik lima pilihan berskala likert. Data-data juga disokong dengan instrumen temu bual semi struktur, pemerhatian dan ujian tilawah al-Quran. Kesemua instrumen pengutipan data telah disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah tahfiz swasta Selangor adalah tinggi (min= 4.04, p = 0.85), manakala skor min bagi domain pelaksanaan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid adalah sederhana tinggi (min= 3.60, p= 0.73). Ini menunjukkan responden mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap penguasaan ilmu tajwid, tetapi perlu kepada penambahbaikan dari aspek Mad Asli, Mad Far'ie, dan bacaan Imam Hafs berdasarkan hasil keputusan ujian tilawah al-Quran dan hasil temubual. Manakala bagi domain amalan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid di sekolah-sekolah tahfiz swasta juga berada di tahap baik tetapi masih perlu perhatian dan pemurniaan secara berterusan terhadap kaedah syarahan, praktikal dan amali, ujian lisan, papan hitam,buku rujukan, kuiz, soal jawab dan pembentangan. Kesimpulannya penguasaan ilmu tajwid yang cemerlang dalam al-Quran memberi implikasi yang positif dalam tilawah, tahfiz dan tadabbur ayat-ayat al-Quran sehingga mampu membentuk peribadi mukmi nkamil.en_US
dc.identifier.citationDaud, Z., Saad, S., & Hussin, H. (2018). Tahap Keberkesanan Ilmu Tajwid Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta di Selangor: Level of Effectiveness of Tajwid Analysis on Private Tahfiz School in Selangor. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 24-35. https://doi.org/10.33102/jqss.vol0no0.23en_US
dc.identifier.doi10.33102/jqss.vol0no0.23
dc.identifier.epage35
dc.identifier.issueSpecial Issue
dc.identifier.spage24
dc.identifier.urihttps://jqss.usim.edu.my/index.php/jqss/article/view/23
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15063
dc.languageMalay
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.ispartofJournal of Quran Sunnah Education & Special Needsen_US
dc.sourceOpen Journal Systems
dc.subjectKeberkesananen_US
dc.subjectTajwiden_US
dc.subjectTahfizen_US
dc.subjectAl-Quranen_US
dc.subjectMakhrajen_US
dc.titleTahap Keberkesanan Ilmu Tajwid Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangoren_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Tahap Keberkesanan Ilmu Tajwid_Analisis Terhadap Sekolah Tahfiz Swasta di Selangor.pdf
Size:
818.03 KB
Format:
Adobe Portable Document Format