Options
DNA Melayu: Penemuan Enam Sifat Genetik Dominan Melayu
Date Issued
2024
Author(s)
Tengku Ahmad Ridhaudin bin Tengku Abdul Razak
Abstract
Kajian Genomik DNA populasi Melayu mendedahkan sejarah, asal usul, dan profil biologi tubuh bangsa ini. Artikel ini mengupas penemuan sifat genetik dominan dari kajian populasi yang telah dilakukan dalam kalangan masyarakat di Alam Melayu. Kajian ini juga menemui bukti bahawa Melayu bukan bangsa pendatang. Melalui penggunaan teknologi Microarray, kajian menunjukkan bahawa populasi Melayu mempunyai 6 genetik dominan, mencerminkan sejarah migrasi dan interaksi antara pelbagai komuniti di Alam Melayu. Merujuk kepada kajian forensik DNA yang menggunakan penanda STR dan SNP dan analisa haplogrup Y-DNA dan mtDNA menunjukkan hubungan genetik populasi asli ibu Alam Melayu kekal walaupun ada percampuran genetic (admixture) dengan penduduk luar Alam Melayu, termasuk Asia Selatan dan Timur. Hubungan genetik dengan populasi luar seperti Arab, Afrika, Indo Cina, China, dan Jepun turut diteliti, mencerminkan sejarah purba perdagangan maritim yang luas. Kajian juga mengenal pasti beberapa gen berkaitan dengan alahan kepada susu, diabetes, dan hipertensi yang lebih lazim dalam kalangan orang Melayu. Penemuan ini penting untuk pembangunan nutrigenomik dan farmakogenomik yang lebih berkesan. Namun, terdapat cabaran dalam pembangunan pangkalan data genomik yang lebih luas. Pembangunan dan perkongsian panel rujukan global melibatkan kolaborasi antarabangsa untuk memastikan penemuan genetik dapat diterapkan secara relevan untuk berbagai kelompok etnik.
File(s)
Loading...
Name
DNA Melayu Penemuan Enam Sifat Genetik Dominan Melayu.pdf
Size
324.01 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):0579cd0039759927c183794043b7342b