Options
Pelaksanaan Pemeliharaan Agama (Hifz Al-Din) Oleh Institusi Pembiayaan Mikro Islam Di Malaysia
Date Issued
2021-09-09
Author(s)
Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi,
Muhamad Firdaus Ab Rahman,
Azman Ab Rahman
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh
Abstract
Pembiayaan mikro Islam memfokuskan untuk memberikan akses pembiayaan patuh Syariah kepada golongan miskin untuk terlibat dalam aktiviti yang menjana keuntungan agar mereka mampu keluar dari garis kemiskinan. Walau bagaimanapun, beberapa pengkaji seperti Obaidullah & Khan (2008) mendapati bahawa kawal selia kepatuhan Syariah dalam pembiayaan mikro Islam masih lemah. Hifz al-din (pemeliharaan agama) merupakan maqasid yang dianggap penting dalam tadbir urus kewangan Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perlaksanaan hifz al-din dalam pembiayaan mikro Islam di Malaysia. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dipilih sebagai studi kes kerana ia merupakan institusi pembiayaan mikro Islam terbesar di Asia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual separa struktur bagi mengumpul data. Data dianalisis secara tematik, induktif dan deduktif untuk mendapatkan tema-tema yang relevan. Hasil kajian mendapati beberapa medium digunakan untuk melaksanakan hifz al-din antaranya menawarkan produk patuh Syariah dan menganjurkan aktiviti keagamaan. Kajian ini menawarkan kaedah yang praktikal untuk pencapaian hifz al-din yang boleh dimanfaatkan oleh para pengkaji dan pengamal industri pembiayaan mikro Islam.
Kata kunci: Pembiayaan mikro Islam, Amanah Ikhtiar Malaysia, hifz al-din, maqasid Syariah
Kata kunci: Pembiayaan mikro Islam, Amanah Ikhtiar Malaysia, hifz al-din, maqasid Syariah
File(s)
Loading...
Name
38.BM. SAIS2021 - Pelaksanaan Pemeliharaan Agama (Hifz Al-Din) Oleh Institusi Pembiayaan Mikro Islam Di Malaysia.pdf
Description
Pelaksanaan Pemeliharaan Agama (Hifz Al-Din) Oleh Institusi Pembiayaan Mikro Islam Di Malaysia
Size
638.75 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):319a24b52ba5d12bbd0050fb5cf952b3