Options
Etika Islam dalam Penjagaan Aurat: Kajian dalam Media Sosial
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Noor Syakirah Binti Abdul Rashid
Amirah Nazifah Binti Isnaini
Nur Suwaibah Binti Mohammad Mahi
Abstract
Media sosial pada zaman kini makin giat digunakan dan sudah tidak asing lagi. Begitu juga dengan aurat yang merupakan bahagian anggota badan sama ada lelaki atau perempuan yang wajib ditutup dan haram untuk dipamerkan atau dilihat oleh umum. Aurat di dalam media sosial hendaklah perlu dijaga sebagaimana yang telah dituntut oleh syarak. Namun ada sesetengah golongan yang mengambil mudah tentang penjagaan aurat di dalam media sosial. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji dan mendalami tentang tatacara atau etika penjagaan aurat sebagaimana yang digaris dalam al-Quran dan hadis meskipun dalam dunia maya. Jenis kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif iaitu melalui kajian kepustakaan dan tinjauan melalui bahan-bahan rujukan. Potongan daripada ayat suci al-Quran serta hadis sahih juga dijadikan sebagai rujukan utama di dalam kajian ini. Hasil kajian ini dapat memberikan fahaman yang lebih jelas tentang batas dan juga hukum sekiranya tidak menutup aurat secara sempurna serta mendedahkannya untuk tatapan umum yang boleh mengundang pelbagai perkara buruk. Kesimpulannya, aurat di dalam media sosial juga perlu dijaga serta sikap wara’ dan berhati-hati hendaklah diutamakan.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
ETIKA ISLAM DALAM PENJAGAAN AURAT_ KAJIAN DALAM MEDIA SOSIAL.pdf
Size
836.92 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3eb24ca346726da1cd8784080efdd07c