Publication: Gejala Rasuah Dan Implikasi Terhadap Masyarakat Malaysia Menurut Perspektif Syarak
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Rasuah di kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini semakin berleluasa sama ada daripada sektor penjawat awam atau swasta. Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu rasuah di Malaysia namun masih tidak boleh dibendung. Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan statistik tangkapan kes rasuah meningkat sebanyak 6.38% iaitu 909 kes pada tahun 2022 berbanding 851 kes pada tahun 2021. Ini menunjukkan kajian berkaitan gejala rasuah adalah perlu seiring dengan peredaran zaman. Justeru, artikel ini bertujuan membincangkan mengenai konsep rasuah menurut syariat Islam. Artikel ini juga akan mengkaji faktor-faktor gejala rasuah di Malaysia selain meneliti implikasi amalan rasuah terhadap masyarakat di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati amalan rasuah bertentangan dengan syariat Islam. Antara faktor yang mempengaruhi gejala ini masih berlaku adalah disebabkan nilai integriti yang rendah, tekanan kewangan serta kejahilan terhadap ilmu agama. Implikasi gejala rasuah juga menjadikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat berada di tahap yang rendah, meningkatkan jurang sosioekonomi dan kadar kemiskinan masyarakat di Malaysia. Hasil kajian juga mencadangkan agar aspek pendidikan diberikan penekanan kepada nilai-nilai moral dan etika bagi membantu memupuk sikap jujur dan berintegriti dalam diri masyarakat agar gejala rasuah dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi membendung jenayah rasuah untuk menjamin masyarakat di Malaysia bebas daripada gejala rasuah.
Description
VOL. 28 NO. 2 Page (87-103)
Keywords
Rasuah, Malaysia, Masyarakat
Citation
Kamarulzaman, A. N., Ab Rahman, A., Salleh, A. Z. ., & Abd. Aziz, M. Y. . . (2023). Gejala Rasuah Dan Implikasi Terhadap Masyarakat Malaysia Menurut Perspektif Syarak: The Symptoms Of Corruption And Implications For The Malaysian Community According To The Shariah Perspective . Journal of Fatwa Management and Research, 28(2), 87 - 103. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol28no2.538