Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Conferences
  4. INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILISATION (SWAT)
  5. 2025 SWAT
  6. Analisis Pengetahuan dan Amalan Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Guru Tahfiz di Negeri Perak
 
  • Details
Options

Analisis Pengetahuan dan Amalan Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Guru Tahfiz di Negeri Perak

Date Issued
2025
Author(s)
Sakinah Binti Abdul Mokti
Siti Arbaiyah Binti Mohd Saroni
Mohd Fuad Bin Mokhta
Nur Ahmad Wafiy Bin Noor Azri
Siti Nurleha Binti Safie
NoorHaslinda Binti Zainal Abidin
Abstract
Kajian ini meneliti tahap pengetahuan dan pengamalan guru tahfiz terhadap tadabbur al-Quran, suatu aspek penting yang sering diabaikan dalam pendidikan tahfiz. Isu yang menjadi latar belakang kajian ini ialah kurangnya kefahaman pelajar terhadap makna dan mesej ayat-ayat hafazan. Oleh itu, kajian ini memberi fokus untuk menilai sejauh mana guru tahfiz memahami konsep tadabbur serta mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan dengan instrumen soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi menentukan tahap pengetahuan dan pengamalan, manakala ujian-t bebas dan ANOVA sehala diaplikasikan untuk mengenal pasti perbezaan berdasarkan pemboleh ubah demografi tertentu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru tahfiz terhadap tadabbur berada pada aras yang sangat tinggi, manakala tahap pengamalan mereka berada pada aras tinggi. Ujian-t bebas mendapati tiada perbezaan signifikan antara pengetahuan dan pengamalan guru tahfiz yang berkhidmat di sekolah kerajaan dan swasta. Walau bagaimanapun, analisis ANOVA menunjukkan wujud perbezaan signifikan dalam tahap pengetahuan guru tahfiz berdasarkan kelulusan pendidikan, tetapi tiada perbezaan signifikan dalam aspek pengamalan mengikut tahap pendidikan tersebut. Kajian ini menegaskan kepentingan meningkatkan kefahaman dan pengamalan tadabbur dalam kalangan guru tahfiz sebagai asas kepada pembentukan pelajar yang bukan sahaja mahir dalam hafazan, tetapi juga mampu menghayati mesej al-Quran secara mendalam. Dapatan ini diharap dapat menjadi rujukan untuk penambahbaikan kurikulum dan latihan profesional guru tahfiz, sekali gus memperkukuh peranan institusi tahfiz dalam melahirkan generasi huffaz yang seimbang dari segi intelektual, rohani, dan akhlak.
Subjects

Guru Tahfiz

Tadabbur

Pendidikan Tahfiz

Pengetahuan Tahfiz

Tahfiz Teacher

Tahfiz Education

Tahfiz Knowledge

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Analisis Pengetahuan dan Amalan Tadabbur Al-Quran dalam Kalangan Guru Tahfiz di Negeri Perak.pdf

Size

687.29 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):1a51f601756942d7a8158c6095b18dea

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia