Options
Inovasi Perkhidmatan dan Pengurusan Pas Pelajar Antarabangsa: Amalan Terbaik di UTM International
Date Issued
2022
Author(s)
Nor Azlinda Abu Bakar
Ayu Azrin Abdul Aziz
Punithavalli A/P Marimuthu
Abstract
Pengantarabangsaan kini telah menjadi salah satu agenda penting dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi membolehkannya bersaing di peringkat global. Untuk kekal berdaya saing, penerapan budaya inovasi dalam sistem penyampaian dan perkhidmatan sokongan merupakan salah satu usaha yang perlu dilaksanakan supaya sentiasa berada pada tahap berprestasi tinggi terutamanya apabila jumlah enrolmen pelajar antarabangsa semakin meningkat di IPT. Pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi dalam memastikan tahap kepuasan pelanggan dipenuhi. UTM International (UTM-i) sentiasa komited dalam memberikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada para pelajar antarabangsa. Persoalan sejauh manakah perkhidmatan yang diberikan khususnya dalam urusan pas pelajar benar-benar memberikan tahap kepuasan yang tinggi kepada pelajar antarabangsa UTM dan apakah inisiatif dan penambahbaikan yang dilakukan untuk memastikan tahap perkhidmatan berprestasi tinggi perlu diperhalusi. Sehubungan dengan itu, UTM-i telah melibatkan diri dalam soal selidik International Student Barometer Survey Autum 2017 dan 2018 yang menilai pengalaman pelajar dari aspek lima (5) komponen utama iaitu pengalaman ketibaan, pengalaman pembelajaran, hubungan, pengalaman kehidupan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pengalaman perkhidmatan sokongan. Hasil dari soal selidik ini juga, UTM-i telah melaksanakan beberapa inisiatif dan penambahbaikan dalam perkhidmatan dan pengurusan pas pelajar. Justeru, kertas kerja ini merupakan satu bentuk perkongsian pengalaman terdahulu dan amalan terbaik berkenaan usaha UTM-i dalam menambahbaik sistem perkhidmatan dan pengurusan pas pelajar antarabangsa.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Inovasi Perkhidmatan dan Pengurusan Pas Pelajar Antarabangsa Amalan Terbaik di UTM International.pdf
Size
811.07 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d01b0fa2738249fc4add4c7a19ba1a17