Options
Kepentingan Pengajaran Subjek Syariah Dan Pengajian Islam Menggunakan Bahasa Arab: Kajian Persepsi Pelajar Syariah Dan Undang-Undang, USIM
Date Issued
2020-11-18
Author(s)
Baidar Mohammed Mohammed Hasan
Abstract
Objektif kajian: Kajian ini bertujuan mengenalpasti kepentingan dan kebolehlaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek Syariah dan pengajian Islam dalam bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia. Metodologi kajian: Kajian ini menggunakan kaidah kajian kuantitatif yang melibatkan seramai 239 pelajar tahun 1 sehingga tahun 5 daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Satu (1) set soal selidik yang mengandungi enam (6) soalan bagi mengetahui pandangan mereka berkaitan keperluan dan kebolehlaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Syariah dan pengajian Islam menggunakan medium bahasa Arab. Responden dipilih menggunakan teknik persampelan rawak dan data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif. Hasil kajian: Kajian ini mendapati bahawa 69.5% responden berpandangan pengajaran subjek-subjek Syariah dan Pengajian Islam di USIM adalah perlu. Bahkan hampir keseluruhan responden, iaitu sebanyak 92.5% bersetuju sebagai universiti peneraju integrasi ilmu Naqli dan Aqli, USIM perlu memartabatkan Bahasa Arab disamping Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa Pengajaran dan Pembelajaran (PnP). Walaubagaimanapun, terdapat cabaran dalam penggunaan bahasa Arab sebagai medium PnP yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar. Justeru, 63.2% responden mengakui bahwa mereka mengalami kesusahan dalam memahami subjek-subjek Syariah dan Pengajian Islam jika disampaikan dalam Bahasa Arab. Adapun punca kesukaran yang dialami pelajar dalam memahami subjek yang diajar dalam Bahasa Arab adalah disebabkan oleh sikap pelajar yang lebih suka dan merasa selesa jika PnP dijalankan dalam bahasa selain Bahasa Arab, sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris. Majoriti pelajar, iaitu seramai 59.4% responden menyatakan dan bersetuju dengan perkara ini. Aplikasi kajian: Hasil kajian ini dapat digunapakai sebagai rujukan penggubal polisi dan jawatankuasa pengurusan tertinggi universiti bagi memastikan bahawa penggunaan medium Bahasa Arab dalam PnP subjek-subjek Syariah dan Pengajian Islam masih relevan dan perlu diteruskan. Ini adalah bagi meneruskan dan memantapkan lagi agenda integrasi ilmu Naqli dan Aqli di Universiti Sains Islam Malaysia. Bahasa Arab sebagai medium sumber-sumber rujukan ilmu Naqli wajar diberi tumpuan yang lebih besar bagi membolehkan pelajar-pelajar memiliki dasar keilmuan yang kuat dalam memahami dan mengaplikasi kedua-dua disiplin ilmu ini. Kebaharuan/Keaslian kajian: Kajian ini mendedahkan punca sebenar masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar dan guru (pensyarah). Terdapat pelbagai isu seperti lemahnya prestasi pelajar dan rendahnya minat mereka dalam subjek Syariah dan Pengajian Islam tanpa dikenalpasti puncanya. Justeru, kajian ini menunjukkan fakta dan punca sebenar. Pelajar mempunyai latarbelakang yang cukup untuk memahami subjek-subjek yang diajar, dan mereka meyakini pentingnya PnP dalam Bahasa Arab, namun sikap pelajar perlu diubah serta guru perlu memperbaiki cara mengajar dan penyampaikan maklumat agar dapat menarik minat mereka.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kepentingan Pengajaran Subjek Syariah Dan Pengajian Islam Menggunakan Bahasa Arab_ Kajian Persepsi Pelajar Syariah Dan Undang-Undang, USIM.pdf
Size
426 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3945f7ed1023740c813bb7230c696733