Options
Penilaian Hadith Berkaitan Liwat Dalam Kitab Tanbih Al-Ghafilin Oleh Sheikh Abdullah Abdul Mubin
Date Issued
2021-09-09
Author(s)
Mohd Fauzi Mohd Amin
Abdulloh Salaeh
Abstract
Kitab Tanbih Al-Ghafilin telah ditulis oleh Sheikh Abdullah bin Abdul Mubin. Kitab ini adalah kitab berbahasa Melayu dengan tulisan jawi, cetakan kertas kuning. Bab-bab yang terkandung dalam kitab ini sebanyak dua belas bab. Kitab ini memuatkan sebilangan besar hadith-hadith Rasulullah SAW, hadith-hadith yang dibawa sebahagian besarnya tidak dinyatakan sumbernya, juga statusnya samada sahih, hasan, daif dan maudhu’. Sebahagian besar juga hanya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tanpa menyatakan matan asal dalam Bahasa Arab. Dalam bab kelima iaitu berkaitan menerangkan balasan akibat berliwat didapati banyak hadith-hadith nabi dinyatakan. Hadith tersebut tidak dinyatakan sumber, sanad, matan arab dan statusnya samada sama ada sahih atau dhaif serta maudu’.
File(s)
Loading...
Name
31.BM. SAIS2021 - Penilaian Hadith Berkaitan Liwat Dalam Kitab Tanbih Al-Ghafilin Oleh Sheikh Abdullah Abdul Mubin.pdf
Size
724.72 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):29e82968e8d72cd0162aff7a281350df