Publication:
Manuskrip Melayu Bertajuk Dawa’ Al-qulub Min Al-‘uyub: Suatu Kajian di Perpustakaan Negara Malaysia

cris.lastimport.scopus2024-12-07T10:43:06Z
cris.lastimport.wos2025-11-14T15:37:06Z
dc.contributor.authorMohd Anuar Mamat
dc.date.accessioned2024-10-22T17:04:34Z
dc.date.available2024-10-22T17:04:34Z
dc.date.issued2024
dc.date.submitted2024-10-22
dc.description.abstractIlmu merupakan perkara yang amat penting dan menjadi kefarduan kepada umat Islam. Penyampaian ilmu yang benar ini diusahakan secara berterusan bermula zaman Nabi SAW sehinggalah ke hari ini melalui usaha dakwah dan sistem pendidikan Islam yang dibangunkan. Dalam konteks penulisan berkaitan Pendidikan Islam, pelbagai karya telah dihasilkan oleh para ulama sepanjang zaman, termasuklah juga para ulama Alam Melayu. Antara keunikan karya pendidikan Islam Alam Melayu ialah kepelbagaian dan kandungan yang komprehensif serta karya-karya tersebut juga adalah dihasilkan berteraskan adab dan diselit dalam pelbagai karya disiplin ilmu yang lain. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan salah satu karya yang ditulis oleh ulama Alam Melayu kurun ke-19M, iaitu kitab Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb. Kitab ini ditulis oleh Syeikh Muḥammad Khaṭīb Langgien, merupakan seorang ulama terkenal abad ke-19M, khususnya dalam displin ilmu tasawuf dan tarekat. Namun, beliau dan karyanya berjudul Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb ini belum diperkenalkan secara khusus dan amat sedikit penulisan mengenainya. Aspek utama difokuskan dalam kertas kerja ini ialah melakukan kajian dan tinjauan terhadap manuskrip Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb yang berada dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Untuk tujuan ini pendekatan kajian kodikologi digunakan dalam menganalisis naskhah-naskhah yang ditemui. Aspek kodikologi ini merangkumi kewujudan naskhah, pengarang atau penyalin, aspek fizikal dan struktur naskhah, saiz, kertas, tera air dan sebagainya. Dengan analisis kodikologi terhadap manuskrip Dawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb ini diharapkan dapat meneroka sejumlah naskhah yang wujud di Perpustakaan Negara Malaysia dan membawa kepada banyak kajian lanjutan dalam bidang ini.
dc.identifier.citationMohd Anuar Mamat. (2024). Manuskrip Melayu Bertajuk Dawa’ Al-qulub Min Al-‘uyub: Suatu Kajian di Perpustakaan Negara Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(65), 78–85. https://academicinspired.com/jised/article/view/2458
dc.identifier.doi-
dc.identifier.epage85
dc.identifier.issn0128-1755
dc.identifier.issue65
dc.identifier.spage78
dc.identifier.urihttps://academicinspired.com/jised/article/view/2458
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/23884
dc.identifier.volume9
dc.language.isoms
dc.publisherAcademic Inspired Network
dc.relation.ispartofJournal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
dc.relation.issn0128-1755
dc.relation.journalJournal of Islamic, Social, Economics and Development
dc.subjectDawā’ al-Qulūb min al-‘Uyūb
dc.subjectMuḥammad Khaṭīb Langgien
dc.subjectkajian manuskrip
dc.titleManuskrip Melayu Bertajuk Dawa’ Al-qulub Min Al-‘uyub: Suatu Kajian di Perpustakaan Negara Malaysia
dc.title.alternativeMalay Manuscript Entitled Dawa’ Al-Qulūb Min Al-‘Uyub: A Study at National Library of Malaysia
dc.typetext::journal::journal article::research article
dspace.entity.typePublication
oaire.citation.endPage85
oaire.citation.issue65
oaire.citation.startPage78
oaire.citation.volume9
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Manuskrip Melayu Bertajuk Dawa’ Al-qulub Min Al-‘uyub.pdf
Size:
297.02 KB
Format:
Adobe Portable Document Format