Options
Penerokaan Faktor Kebahagiaan Berdasarkan Perspektif Islam
Date Issued
2024
Author(s)
Abdul Rashid Abdul Aziz
Universiti Sains Islam Malaysia
Siti Nur Sabirah Mohd Sabri
Universiti Sains Islam Malaysia
Nurun Najihah Musa
Universiti Sains Islam Malaysia
Warlan Sukandar
Husin Sungkar
Abstract
Masalah kesihatan mental di Malaysia dilihat kian meruncing.Laporan Kegembiraan Dunia 2024 pula menunjukkan Malaysia telah mengalami tahap kegembiraan yang menurun dalam kalangan masyarakatnya. Kajian berkaitan aspek kebahagian menurut persepektif Islam juga masih lagi rendah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka faktor-faktor kebahagiaan dalam perspektif Islam. Pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis tema melalui sesi temu bual dan kajian literatur telah dijalankan. . Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh tema utama yang membawa kebahagiaan dalam Islam. Antara tema tersebut ialah mendekatkan diri kepada Allah, taat kepada Allah, iman dan beramal soleh serta hidup akhirat.Kajian ini menjadi asas kepada pembangunan diri selanjutnya dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rohani dan sosial masyarakat Islam. Implikasi kajian ini juga memberi panduan berharga kepada individu, masyarakat, dan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam memahami hakikat kebahagiaan dalam ajaran Islam.
File(s)
Loading...
Name
Penerokaan Faktor Kebahagiaan Berdasarkan Perspektif Islam.pdf
Size
351.57 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c96a2658fa3ee65bd1775ee5d8eae330