Publication:
Kebolehpercayaan Dan Kesahan The Warwick-Edinburgh Mental Wellbeing Scale (WEMWBS) Versi Bahasa Melayu Dan Tahap Kesihatan Mental Dan Spiritual Bekas Peserta Program Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan Di Klinik Cure And Care 1malaysia

dc.contributor.authorAdam Fariz Mohd. Zainen_US
dc.contributor.authorAmin Al Haadi Shafieen_US
dc.contributor.authorAbd. Halim Mohd. Husinen_US
dc.contributor.authorMohd. Rushdan Mohd. Jailanien_US
dc.contributor.authorMohamad Isa Amaten_US
dc.contributor.authorKhairunneezam Mohd. Nooren_US
dc.contributor.authorZainol Abidin Ahmaden_US
dc.contributor.authorMohd. Rafidi Jusohen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T09:03:55Z
dc.date.available2024-05-30T09:03:55Z
dc.date.issued2015
dc.description.abstractKesejahteraan mental adalah merupakan salah satu aspek penting dalam diri manusia yang seharusnya diberikan perhatian utama dalam proses rawatan dan pemulihan penagih dadah. Terdapat pelbagai instrumen psikologi yang boleh digunakan untuk menentukan tahap kesejahteraan mental seseorang individu dan populasi. Salah satu instrumen yang sesuai digunakan adalah the Warwick-Edinburgh Mental Well-Being Scale (WEMWBS). Ia merupakan sebuah instrumen psikologi yang dibangunkan khusus untuk menilai tahap kesejahteraan mental dalam kalangan individu dan populasi normal. Instrumen ini diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Artikel ini memperincikan proses terjemahan dan kesahan instrumen WEMWBS yang mengandungi 20 item positif berskala Likert 5-mata yang terdiri daripada 14 item mengukur tahap kesihatan mental dan enam item mengukur kesihatan spiritual. Proses terjemahan dan kesahan instrumen ini dijalankan oleh empat orang pakar dalam bidang psikologi dan kaunseling yang mempunyai kemahiran dwi-bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) menggunakan teknik terjemahan semula (back-to-back translation technique) dan kesahan muka (face validity). Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 51 orang peserta in-patient program rawatan, perubatan dan pemulihan di Klinik Cure and Care 1Malaysia (C&C1M) Sungai Besi, Kuala Lumpur, bertujuan untuk melihat tahap kebolehpercayaan WEMWBS yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Data yang dikumpulkan daripada sampel kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 20 (SPSS v20). Hasil analisis kebolehpercayaan mendapati nilai Alpha Cronbach adalah 0.91 iaitu sangat tinggi. Keputusan ini menunjukkan bahawa instrumen WEMWBS versi Bahasa Melayu sesuai digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan mental dalam kalangan individu normal yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Malaysia. Ia juga senang ditadbir dan tidak mengambil masa yang lama untuk dijawab oleh responden. Kajian ini juga menunjukkan tahap kesejahteraan mental dan spiritual yang rendah dalam kalangan bekas peserta program rawatan C&C1M.en_US
dc.identifier.epage147
dc.identifier.isbn978 967 440 246 4
dc.identifier.spage135
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18087
dc.language.isootheren_US
dc.relation.conferenceProceeding Prevent 2015 (International Drug Prevention And Rehabilitation Conference)en_US
dc.subjectWEMWBS, kebolehpercayaan, kesahan, kesejahteraan mental, spiritualen_US
dc.titleKebolehpercayaan Dan Kesahan The Warwick-Edinburgh Mental Wellbeing Scale (WEMWBS) Versi Bahasa Melayu Dan Tahap Kesihatan Mental Dan Spiritual Bekas Peserta Program Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan Di Klinik Cure And Care 1malaysiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Bab 15 Kebolehpercayaan Dan Kesahan The Warwick-Edinburgh Mental Well-Being Scale (Wemwbs) Versi Bahasa Melayu.pdf
Size:
252.51 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: