Publication:
Sensor Ion Al3+ Optik Berasaskan Eriokrom Sianin R Terpegun Dalam Membran Polimer Terangkum Menggunakan Prinsip Pengukuran Serapan

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Sensor optik bagi pengesanan ion aluminium (Al3+) berasaskan reagen terpegun dalam membran polimer terangkum (PIM) telah dibangunkan dalam kajian ini. Sensor ini menggunakan eriokrom sianin R (ESR) sebagai reagen dan prinsip pengukuran serapan sebagai kaedah pengesanan ion Al3+. Bahan sensor PIM yang digunakan dalam kajian ini mengandungi selulosa triasetat 60% berat (m/m): Aliquat 336 30% berat (m/m): dioktil ftalat 10% berat (m/m) dan ESR dengan kepekatan 5.00 × 10-4 mol L-1. Sensor berasaskan PIM ini menghasilkan rangsangan yang lebih tinggi berbanding sensor tidak berasaskan PIM. Masa optimum rangsangan sensor ialah pada lima minit dengan nilai pH optimum 6.0. Sensor ini memberikan julat rangsangan linear pada julat kepekatan ion Al3+ 7.41 × 10-6 - 4.44 × 10-4 mol L-1, dengan had pengesanan terendah 5.63 × 10-6 mol L-1. Sifat kepilihan yang tinggi kepada ion Al3+ turut ditunjukkan oleh sensor ini kecuali gangguan minima daripada ion Be2+ dan Fe3+. Akhir sekali, sensor ini telah digunakan bagi penentuan ion Al3+ dalam beberapa sampel air semula jadi. Keputusan analisis menunjukkan sensor ini mampu menghasilkan keputusan yang setara dengan spektrofotometer serapan atom konvensional.

Description

Volume: 25 No: 2 (page: 296 - 310)

Keywords

sensor Al3+, Aliquat 336, eriokrom sianin R, membran polimer terangkum

Citation