Options
Pendekatan Dakwah Ustaz Ebit Lew kepada Golongan Lgbt
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Maizurah Binti Mansor
Nur Nabila Binti Sidel
Zuraida Binti Saad
Abstract
LGBT yang merujuk kepada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender merupakan satu istilah yang memberi makna kepada hubungan seksual yang songsang dan haram secara mutlak di dalam Islam. Perbuatan homoseksual adalah dilarang sama sekali di dalam perundangan Islam. Permasalahan berhubung dengan golongan ini merupakan antara isu yang dihadapi oleh kebanyakan negara Islam termasuk di Malaysia. Pelbagai usaha telah diambil oleh semua pihak untuk menangani masalah ini antaranya melalui seminar, ceramah program kesedaran dan lain-lain. Sebagai contoh, pendekatan dakwah yang telah dilakukan oleh seorang pendakwah terkenal Malaysia iaitu Ustaz Ebit Lew di mana beliau mendekati golongan LGBT yang terlibat secara halus sekaligus memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat dengan menggunakan strategi-strategi yang tertentu. Namun begitu, usaha ini turut mendapat tentangan daripada mereka malah terdapat golongan yang semakin agresif dan tidak mengambil peduli, serta mempertahankan perbuatan yang songsang ini dengan mengatakan ia merupakan satu hak kebebasan kepada individu tersebut. Maka dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan maksud LGBT menurut perspektif Islam dengan jelas, mengkaji kaedah penyebaran dakwah Ustaz Ebit Lew kepada gologan LGBT serta mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh Ustaz Ebit Lew dalam menyebarkan dakwah.. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan metod kajian kualitatif iaitu secara analisis maklumat dan kajian kuantitatif iaitu tinjauan melalui soal selidik yang diberikan kepada masyarakat. Kesimpulannya, program dakwah beliau dilihat sebagai suatu inisiatif awal untuk membantu komuniti LGBT dalam usaha menjalani kehidupan yang selari dengan tuntutan Syariat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
PENDEKATAN DAKWAH USTAZ EBIT LEW KEPADA GOLONGAN LGBT.pdf
Size
486.97 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1b61dae1a103c1b68539ed2a3c58cf17