Options
Amalan Etika dan Budaya Integriti dalam Kalangan Pengawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Journal
Journal of Islamic Social Sciences and Humanities (Al-'Abqari)
Date Issued
2023
Author(s)
Mohd Zaliridzal Zakaria
DOI
10.33102/abqari.vol29no1.545
Abstract
Etika dan penghayatan integriti merupakan salah satu aspek terpenting dalam agensi penguatkuasaan undang-undang (Mahayudin, 2006) seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Untuk meneroka amalan etika dan budaya integriti, suatu kajian akan dijalankan bagi meneroka konsep, faktor, cabaran dan kesan pengamalan etika dan budaya integiti dalam kalangan pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah/Crime Investigation Department (JSJ/CID) dan kesannya terhadap imej profesional polis. Jabatan Penyiasatan Jenayah dilihat amat sentral dalam penguatkuasaan undang-undang dan penyiasatan jenayah justeru memahami konsep etika dan pengamalannya adalah sesatu yang crucial. Ia menyumbang kepada peningkatan kepercayaan rakyat terhadap PDRM serta kecekapan dan prestasi penyampaian PDRM. Bagi memahami fenomena ini secara mendalam, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif pendekatan fenomenologi dengan persampelan bertujuan. Pengumpulan data melalui kaedah temubual separa berstruktur serta perbincangan berkumpulan berfokus (FGD) akan dilaksanakan bagi meneroka konsep, cabaran dan kesan pengamalan etika dan budaya integriti. Rumusan hasil kajian ini akan dapat mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengamalan budaya integriti, cabaran dan halangan serta kesan pengamalan integriti terhadap imej dan keupayaan perkhidmatan PDRM. Suatu model “Budaya Integriti PDRM” akan dihasilkan untuk menjadi panduan tentang pengamalan etika dan budaya integriti para pegawai polis dalam era pasca abad ke-20 ini.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Amalan Etika dan Budaya Integriti dalam Kalangan Pengawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM).pdf
Size
309.19 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):638abdc35685747cd1a6e83c6c7c2a24