Options
Warna Hitam Menurut Perspektif Al-Quran dan Signifikannya dalam Budaya Tradisional Melayu
Date Issued
2024
Abstract
Warna merupakan sebahagian daripada elemen penting dalam kehidupan manusia. Terdapat dalam Al-Quran, Allah SWT menyebut secara khusus warna-warna tertentu bagi menggambarkan keadaan tertentu. Di antara warna yang ialah warna hitam yang mana ia mempunyai konotasi tersendiri dan juga perkaitannya dengan kehidupan manusia. Namun begitu, penggunaan warna hitam dalam setiap ayat pastinya membawa makna berbeza justeru memerlukan pemahaman dan tafsiran khusus menurut pandangan ulama’ tafsir. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis ayat Al-Quran yang menyebut warna hitam secara langsung dan tidak langsung serta penggunaannya dalam budaya tradisional Melayu. Bagi mencapai tujuan ini, penulis akan menggunakan kaedah induktif dengan cara mengumpul ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi lafaz warna hitam serta menganalisis penggunaannya di dalam setiap ayat. Kemudian melihat penggunakan warna hitam di dalam budaya tradisional Melayu khusunya. Hasil analisis awal mendapati terdapat tujuh perkataan menerusi enam ayat yang menyebut warna hitam yang masing-masing digunakan secara hakiki dan majazi bagi menggambarkan kesedihan, kedukaan, balasan kekufuran dan pendustaan terhadap Allah SWT. Penggunaan warna hitam dalam budaya tradisi Melayu dilihat selari dengan penggunaannya dalam Al-Quran dari sudut makna secara metafora, hakiki dan konotasi negatif.
File(s)
Loading...
Name
Warna Hitam Menurut Perspektif Al-Quran dan Signifikannya dalam Budaya Tradisional Melayu.pdf
Size
418.62 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):2051b09f99aafaf821759a8bd5d1f7ae