Publication: Polisi Agihan Zakat Di Zaman Rasulullah S.a.w. Dan Khulafa' Rashidin
Loading...
Date
2018
Authors
Mohd Soberi Awang
Mohd Mahyeddin bin Mohd Salleh
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
Abstract
Asnaf zakat secara umumnya merujuk kepada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Bagaimanapun, kaedah agihan zakat pada masa kini sudah mengalami fasa perubahan yang besar jika dibandingkan dengan zaman awal pensyariatan zakat. Artikel ini bertujuan menganalisis polisi agihan zakat yang dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W. dan Khulafa' Rasyidin. Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap karyakarya asal penulisan fukaha silam. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat dua fasa agihan pada zaman Rasulullah S.A.W. iaitu sebelum hijrah dan selepas hijrah. Fasa agihan sebelum hijrah melibatkan agihan tanpa ikatan kadar yang spesifik, sebaliknya ia terserah kepada kekuatan iman dan keakraban hubungan sesama Muslim. Manakala agihan selepas hijrah pada peringkat awalnya adalah berdasarkan ijtihad baginda S.A.W. Hal ini adalah sebelum turunnya ayat 60 daripada surah al-Taubah, yang mana melalui ayat ini Allah telah memperincikan golongan yang layak menerima zakat yang perlu dipatuhi dan diikuti oleh umat Islam. Pada zaman Khulafa' Rasyidin, agihan dibuat secara lebih sistematik melibatkan penubuhan baytulmal dan penetapan garispanduan agihan. Kajian ini boleh dijadikan batu asas bagi menyemarakkan lagi keberkesanan agihan pada zaman moden bagi kemaslahatan umat Islam.
Description
Volume: 12 No: 2 (page: 84-100)
Keywords
polisi, agihan zakat, asnaf zakat,