Publication:
Pandemik Covid-19 Dan Kesannya Kepada Amalan Solat Berjemaah Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia

dc.contributor.authorAbd Hakim Mohaden_US
dc.contributor.authorRos Aiza Mohd Mokhtaren_US
dc.contributor.authorLatifah Abdul Latiffen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T07:12:59Z
dc.date.available2024-05-30T07:12:59Z
dc.date.issued2020-10-29
dc.descriptionProceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020 Paper No. BM027 501-505en_US
dc.description.abstractTahun 2020 tercatat dalam sejarah sebagai tarikh yang sangat signifikan dalam kehidupan manusia kerana pandemik COVID-19. Sejak awal tahun hinga kini, kita disajikan dengan berita tentang penularan wabak ini, bersama dengan data jumlah jangkitan dan kematian yang berlaku di seluruh dunia. Sehingga hari ini (30/5/2020) seramai 6,047,421 orang telah dijangkiti, dengan 367,149 kematian. Hampir semua negara membuat lock-down atau kawalan pergerakan untuk memutuskan rangkaian wabak ini sebagaimana yang dicadangkan WHO. Malaysia juga tidak terkecuali, di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan bermula 18 Mac 2020 hingga 9 June 2020. Kesannya kepada masyarakat dapat dirasai dalam semua aspek kehidupan termasuklah dalam hal berkaitan agama. Makalah ini membincangkan tentang kesan COVID-19 dalam amalan solat berjemaah dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Ia adalah hasil kajian yang dibuat menggunakan kaedah kualitatif. Data yang diperoleh adalah hasil kajian perpustakaan dan temu bual dengan para agamawan dan ahli akademik. Data dianalisis secara deskriptif interpretif. Fokus perbincangan adalah pada amalan solat Jumaat, Solat Terawih dan Solat Hari Raya Aidilfitri. Kajian mendapati bahawa amalan solat berjemaah berpusat di rumah dan ketua keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakannya. Ini adalah perubahan yang sangat signifikan dalam normal baharu amalan agama masyarakat Islam di Malaysia.en_US
dc.identifier.issn2756-8156
dc.identifier.uriwww.penerbit.usim.edu.my
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/17226
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Sains Islam Malaysiaen_US
dc.relation.conferenceProceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020en_US
dc.subjectCOVID-19,en_US
dc.subjectIslam,en_US
dc.subjectperubahan,en_US
dc.subjectAgama,en_US
dc.subjectMalaysia.en_US
dc.titlePandemik Covid-19 Dan Kesannya Kepada Amalan Solat Berjemaah Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysiaen_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Collections