Options
Kajian Kelas Pengajian Quran bagi Komuniti OKU Pekak
Date Issued
2023-01-28
Author(s)
Muhammad Nabil Bin Mohd Firdaus
Mohamad Idham Bin Mohd Zakaria
Muhammad Azmi Bin Muhammad Suadi
Abstract
Pada era yang kian mencabar ini, pendidikan merupakan elemen penting kepada setiap orang. Ia juga memberi perkembangan yang baik seiring berjalan dengan waktu terutamanya dalam pengajian Al-Quran. Orang Kurang Upaya (OKU) boleh didefinisikan sebagai individu yang tidak mampu menguruskan aktiviti harian mereka seperti orang normal (sama ada secara keseluruhan atau dalam bahagian), disebabkan oleh kekurangan dan kecacatan pada fizikal atau kesihatan mental mereka. Pada masa ini, kemampuan membaca Al-Quran oleh golongan OKU adalah terhad, kerana tiada pengajaran dan pembelajaran khusus. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah pembelajaran dan pengajian Al- Quran untuk komuniti OKU secara bersemuka atau alam maya. Kaedah kajian adalah secara kualitatif dengan melakukan temu bual. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujudnya manfaat yang banyak terutamanya buat golongan OKU untuk mempelajari Al-Quran supaya golongan ini tidak dipinggirkan dan dapat melangkah bersama mengikuti ilmu berkaitan agama. Diharapkan agar kajian ini dapat dikembangkan lagi oleh para pengkaji untuk mengkaji lebih lanjut berkenaan komuniti OKU pada masa akan datang.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
KAJIAN KELAS PENGAJIAN QURAN BAGI KOMUNITI OKU PEKAK.pdf
Size
1.08 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ce8f74454f16a74f78896b42b74b6bf2