Options
Makanan Haram bagi Agama Yahudi: Satu Penilaian Ringkas dari Perspektif Islam
Date Issued
2022
Author(s)
Ummi Zainab Binti Mohd Ghazali
Muhammad Azizan Sabjan
Abstract
Setiap agama memiliki tatacara dan peraturan tersendiri dalam hal pengambilan makanan. Bagi agama Yahudi dan Islam, terdapat peraturan khusus dalam dua agama ini untuk menjaga pengikutnya daripada terjebak dalam pemakanan yang haram atau tidak dibenarkan dari kerangka agama masing-masing. Walaupun masyarakat Malaysia pada umumnya telah maklum mengenai makanan haram umat Islam, kebanyakannya masih samar-samar dan kurang pendedahan mengenai makanan apakah yang tidak dibenarkan bagi agama Yahudi. Artikel ini akan cuba mengkaji senarai makanan haram bagi agama Yahudi beserta penilaian ringkas pengharaman ini dari perspektif Islam. Disebabkan sumber pengharaman adalah dari kitab Torah dan Talmud, kajian akan mengfokuskan kepada dakwaan yang terdapat dalam dua kitab ini beserta kritikan terhadap kedua-dua kitab ini dari sudut perspektif Islam dan sumber sejarah. Kajian mendapati terdapat perbezaan yang ketara antara dakwaan yang terdapat dalam kitab Torah dan penjelasannya dalam al-Quran. Pengetahuan ringkas mengenai makanan haram bagi agama Yahudi ini beserta perspektif sudut pandang Islam penting bagi mengukuhkan kefahaman agama sendiri di samping memahami dan menghormati kepercayaan agama lain.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Makanan Haram bagi Agama Yahudi_Satu Penilaian Ringkas dari Perspektif Islam.pdf
Size
344.83 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6435f14be643be78f6b17a135b02ada8