Options
Potensi Sumber Air Dari Perspektif Islam: Kepentingan Sungai Perak Dalam Penjanaan Tenaga Elektrik
Date Issued
2022
Author(s)
Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli
Abstract
Usaha untuk membangunkan kemudahan bekalan elektrik sejajar dengan keperluan yang sentiasa meningkat kesan perkembangan sektor ekonomi, pembandaran dan kehidupan manusia yang serba moden menyebabkan kaedah penjanaan tenaga elektrik mula dipelbagaikan. Langkah ini penting untuk memastikan proses penyediaan tenaga elektrik tidak terjejas disebabkan harga dan ketersediaan sumber tidak boleh diperbaharui seperti gas asli, minyak dan arang batu yang tidak menentu. Justeru tumpuan terarah kepada penggunaan sumber boleh diperbaharui iaitu air bagi memenuhi dan menjamin pembekalan elektrik kepada pengguna. Di Malaysia, industri tenaga elektrik mula menggunakan sumber air khususnya sungai sejak tahun 1890-an yang berterusan sehingga ke hari ini. Sungai Perak yang dianugerahkan oleh Allah SWT merupakan sungai yang telah menunjukkan keupayaannya sebagai sumber utama penjanaan tenaga hidroelektrik. Mula menjana tenaga hidroelektrik pada tahun 1930, Sungai Perak dilihat masih lagi memainkan peranan tersebut sehingga abad ke-21. Keadaan ini jelas menunjukkan manfaat berpanjangan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya dengan memakmurkan sumber air. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti pembangunan Sungai Perak sehingga menjadi sumber penting dalam penjanaan tenaga hidroelektrik di Perak khasnya dan Malaysia umumnya sebelum tahun.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Potensi Sumber Air Dari Perspektif Islam Kepentingan Sungai Perak Dalam Penjanaan Tenaga Elektrik.pdf
Size
244.04 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d260ce3917daf205726c7aeaca257784