Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Seminars
  4. Seminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami (i-STET)
  5. 2024 i-STET
  6. Keperluan Kajian Pemerkasaan Kemandirian Golongan Wanita dan Remaja B40 Pasca Covid-19 di Malaysia Menurut Kerangka Islam Secara Bersepadu: Suatu Penelitian
 
  • Details
Options

Keperluan Kajian Pemerkasaan Kemandirian Golongan Wanita dan Remaja B40 Pasca Covid-19 di Malaysia Menurut Kerangka Islam Secara Bersepadu: Suatu Penelitian

Date Issued
2024
Author(s)
Mashitah Sulaiman 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Norita Md. Norwawi 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Norhayati Rafida Abdul Rahim 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Syahirah Abdul Shukor 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Nur Huda Faujan 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Syahidawati Hj. Shahwan 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Pandemik COVID-19 telah membawa impak besar terhadap aspek sosial, ekonomi, dan psikologi-spiritual masyarakat, terutamanya golongan B40. Dalam Islam, isu kemiskinan adalah suatu keadaan yang mesti diatasi kerana kesannya memberi impak yang besar ke atas individu, masyarakat dan keunggulan agama Islam sebagai penyelesaian masalah sosial, ekonomi, politik, budaya dan sahsiah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan khusus dalam menangani isu-isu pasca COVID-19 yang dihadapi oleh remaja dan wanita B40 di Malaysia. Kajian ini juga meneliti model pemerkasaan golongan wanita dan remaja konvensional sedia ada khususnya dari perspektif Barat dan kritikan terhadapnya. Selain itu, fokus utama kajian ini adalah meneroka kaedah ataupun strategi Islam serta peranan rakyat dan pemerintah dalam membasmi isu sosial, ekonomi dan psikologi spiritual secara bersepadu bagi mengisi kelompangan kajian konvensional yang lepas. Hasil analisis keperluan tersebut, model pemerkasaan kemandirian golongan B40 dicadangkan untuk dibangunkan dan dinilai dalam meningkatkan kesejahteraan kehidupan mereka dalam konteks kelestarian komuniti Madani. Kajian ini dilakukan menggunakan kajian perpustakaan dan analisis kandungan daripada bahan sekunder seperti artikel jurnal, buku dan akhbar. Hasil kajian awal ini mendapati bahawa keadaan sosio-ekonomi pasca COVID-19 yang mencabar memerlukan pendekatan holistik yang tidak hanya terfokus pada bantuan kewangan, tetapi juga kepada aspek pemerkasaan kemandirian dan kelestarian komuniti ini secara bersepadu. Oleh yang demikian, program pemerkasaan yang komprehensif mampu meningkatkan kesejahteraan dan kemandirian individu dalam komuniti terpinggir. Namun, terdapat kekurangan kajian empirikal yang secara spesifik memberi tumpuan kepada B40, remaja dan wanita di kawasan perumahan kos rendah pasca COVID-19 dari kerangka Islam secara menyeluruh. Oleh itu, penyelidikan ini diharap dapat mengenal pasti keperluan khusus mereka, dalam membangunkan Model Pemerkasaan Kemandirian Wanita dan Remaja B40 menurut kerangka Islam secara bersepadu. Model Pemerkasaan Kemandirian Komuniti B40: Wanita dan Remaja dibina berbingkaikan acuan Islam secara bersepadu seperti Model Perubahan Sosial Ibnu Khaldun, Model Pembangunan Berteraskan Islam oleh Syukri Salleh dan Maqasid al-Syariah dijangka dapat memberikan panduan praktikal untuk meningkatkan kesejahteraan hidup khususnya wanita B40 dan remaja pasca pandemik dan selari dengan matlamat pencapaian lima dari enam Prinsip Malaysia Madani, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, ihsan.
Subjects

pemerkasaan

kemandirian

wanita & remaja B40

pasca Covid-19

kerangka Islam.

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Keperluan Kajian Pemerkasaan Kemandirian Golongan Wanita dan Remaja B40 Pasca Covid-19 di Malaysia Menurut Kerangka Islam Secara Bersepadu Suatu Penelitian.pdf

Size

274.87 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):cb0b44e686a3fd4f794728c05addca1d

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia