Publication:
Keperluan Kajian Pemerkasaan Kemandirian Golongan Wanita dan Remaja B40 Pasca Covid-19 di Malaysia Menurut Kerangka Islam Secara Bersepadu: Suatu Penelitian

dc.contributor.authorMashitah Sulaiman
dc.contributor.authorNorita Md. Norwawi
dc.contributor.authorNorhayati Rafida Abdul Rahim
dc.contributor.authorSyahirah Abdul Shukor
dc.contributor.authorSyahidawati Hj. Shahwan
dc.contributor.authorNur Huda Faujan
dc.date.accessioned2024-11-18T02:09:08Z
dc.date.available2024-11-18T02:09:08Z
dc.date.issued2024
dc.descriptionE-Proceedings of 7th International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 “Sustaining Islamic Heritage, Upholding Philosophy, Spearheading Civilisations and Immersing in Culture” / editor: Ros Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, Nuruliza Roslan 15 – 16 Oktober 2024 ( Hibrid) Anjuran :Pusat Pengajian Teras & Institut Sains Islam (USIM) Dengan Kerjasama : Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Islam Selangor, Persatuan Sejarah Malaysia, dan Yayasan PEACE
dc.description.abstractPandemik COVID-19 telah membawa impak besar terhadap aspek sosial, ekonomi, dan psikologi-spiritual masyarakat, terutamanya golongan B40. Dalam Islam, isu kemiskinan adalah suatu keadaan yang mesti diatasi kerana kesannya memberi impak yang besar ke atas individu, masyarakat dan keunggulan agama Islam sebagai penyelesaian masalah sosial, ekonomi, politik, budaya dan sahsiah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan khusus dalam menangani isu-isu pasca COVID-19 yang dihadapi oleh remaja dan wanita B40 di Malaysia. Kajian ini juga meneliti model pemerkasaan golongan wanita dan remaja konvensional sedia ada khususnya dari perspektif Barat dan kritikan terhadapnya. Selain itu, fokus utama kajian ini adalah meneroka kaedah ataupun strategi Islam serta peranan rakyat dan pemerintah dalam membasmi isu sosial, ekonomi dan psikologi spiritual secara bersepadu bagi mengisi kelompangan kajian konvensional yang lepas. Hasil analisis keperluan tersebut, model pemerkasaan kemandirian golongan B40 dicadangkan untuk dibangunkan dan dinilai dalam meningkatkan kesejahteraan kehidupan mereka dalam konteks kelestarian komuniti Madani. Kajian ini dilakukan menggunakan kajian perpustakaan dan analisis kandungan daripada bahan sekunder seperti artikel jurnal, buku dan akhbar. Hasil kajian awal ini mendapati bahawa keadaan sosio-ekonomi pasca COVID-19 yang mencabar memerlukan pendekatan holistik yang tidak hanya terfokus pada bantuan kewangan, tetapi juga kepada aspek pemerkasaan kemandirian dan kelestarian komuniti ini secara bersepadu. Oleh yang demikian, program pemerkasaan yang komprehensif mampu meningkatkan kesejahteraan dan kemandirian individu dalam komuniti terpinggir. Namun, terdapat kekurangan kajian empirikal yang secara spesifik memberi tumpuan kepada B40, remaja dan wanita di kawasan perumahan kos rendah pasca COVID-19 dari kerangka Islam secara menyeluruh. Oleh itu, penyelidikan ini diharap dapat mengenal pasti keperluan khusus mereka, dalam membangunkan Model Pemerkasaan Kemandirian Wanita dan Remaja B40 menurut kerangka Islam secara bersepadu. Model Pemerkasaan Kemandirian Komuniti B40: Wanita dan Remaja dibina berbingkaikan acuan Islam secara bersepadu seperti Model Perubahan Sosial Ibnu Khaldun, Model Pembangunan Berteraskan Islam oleh Syukri Salleh dan Maqasid al-Syariah dijangka dapat memberikan panduan praktikal untuk meningkatkan kesejahteraan hidup khususnya wanita B40 dan remaja pasca pandemik dan selari dengan matlamat pencapaian lima dari enam Prinsip Malaysia Madani, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, ihsan.
dc.identifier.citationRos Aiza Mohd Mokhtar, Farah Laili Muda @ Ismail, Latifah Abdul Latiff, & Nuruliza Roslan (2024). International Seminar on Philosophy, Civilisations, Ethics, and Islamic Turath (I-STET) 2024 . Penerbit USIM.
dc.identifier.isbne ISBN 978-629-7636-87-0
dc.identifier.urihttps://istet.usim.edu.my/wp-content/uploads/2024/10/e-Proceedings-ISTET-2024_full_24102024.pdf
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/25022
dc.language.isoms
dc.publisherPenerbit USIM
dc.relation.conferenceSeminar Antarabangsa Falsafah, Tamadun, Etika dan Turath Islami Kali Ke-7 (I-Stet) 2024
dc.relation.isbne ISBN 978-629-7636-87-0
dc.subjectpemerkasaan
dc.subjectkemandirian
dc.subjectwanita & remaja B40
dc.subjectpasca Covid-19
dc.subjectkerangka Islam.
dc.titleKeperluan Kajian Pemerkasaan Kemandirian Golongan Wanita dan Remaja B40 Pasca Covid-19 di Malaysia Menurut Kerangka Islam Secara Bersepadu: Suatu Penelitian
dc.typetext::conference output::conference proceedings::conference paper
dspace.entity.typePublication
oaire.citation.endPage365
oaire.citation.startPage356
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia
oairecerif.author.affiliationUniversiti Sains Islam Malaysia

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Keperluan Kajian Pemerkasaan Kemandirian Golongan Wanita dan Remaja B40 Pasca Covid-19 di Malaysia Menurut Kerangka Islam Secara Bersepadu Suatu Penelitian.pdf
Size:
274.87 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed to upon submission
Description:

Collections